Friday, October 17, 2008

Catatan pengalaman

Pagi yang ceria. Malangnya saya sangat mengantuk. Semalam sampai di rumah seusai menghadiri Persidangan meja bulat jam 1.45 pagi. Apatah lagi pagi ni mengadap kerja yang memerlukan saya melihat angka-angka yang sangat halus. Aduh! Berganda-ganda kekuatan otot mata saya yang memang sedia kecil diperlukan. Semalam saya mengharungi hujan lebat dan jalan yang macet dengan jayanya. Inilah kelemahan saya, sentiasa berperang dengan nafsu. Peperangan ini sungguh sengit. Pernah suatu ketika, ketika nafsu hampir menang, saya terdengar lagu ilmu (betul ke tajuknya) dendangan kumpulan Raihan. Saya mendapat kekuatan, bahawa hidup ini perlu diisi dengan sesuatu yang bermanfaat. Nafsu ini perlu dididik. Caranya, hadirilah majlis ilmu. Inilah juga sebab musabab kenapa saya di Kuala yang berlumpur ini. Selain tempat mencari rezeki, di sini juga saya boleh mengutip ilmu Allah yang maha luas itu sebanyak-banyaknya.
Berbalik kepada Persidangan meja bulat semalam. Persidangan meja bulat yang diadakan di Kompleks Belia Shah Alam itu menyentuh tentang masalah dan hala tuju usahawan di Malaysia. Pembentangan oleh Prof Dr. Zainal Samicho, salah seorang pensyarah Uitm. Beliau mempunyai kepakaran dalam sains gunaan tapi pada masa yang sama boleh berbicara tentang keusahawanan. Inilah saya kira keistimewaan peribadi-peribadi orang ABIM. Slaid yang terpampang memang mengujakan. Terasa macam dalam dewan kuliah. Teringat nostalgia dulu-dulu, ketika bersama kawan-kawan menadah telinga, membukakan minda dan hati menadah ilmu. Berkejar ke dewan kuliah, lelah menyiapkan tugasan, letih melayan peperiksaan demi peperiksaan yang saban minggu, dan pada masa terluang menghadiri program-program KBM. Sungguh saya merindui saat itu. Apakah akan berulang lagi saat itu dalam hidup ini?

3 comments:

NORHIDAYAH SUMAIRI said...

SALAM, SEGERA KE SACC MALL !! ADA DISKAUN MENARIK !! BUKU YG AKK NAK BELI TU PUN ADA DISKAUN (SALINA IBRAHIM...apa tajuk dia ha?)...HARGE DISKAUN IS RM29.00..

Medan30 said...

salam....cuba2 la ke amcorp mall dan ampang point...ader byk buku lama yg susah nak cr or rare untuk di baca... harga pun linkungan RM20-40 jer....

lukisanminda said...

Hidayah,
Terima kasih atas info..

Medan30..
Salam. Selamat berkenalan. Terima kasih kerana sudi bertandang ke rumah saya.