Sunday, December 26, 2010

Rezeki yang Dikongsi Bersama...


Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi rezeki..

Wednesday, December 15, 2010

Jom Puasa Assyura...


Hadis-hadis yang menyebut kebaikan Puasa Asyura banyak sekali. Ini antara yang dihantar oleh Hidayah buat peringatan bersama.

-Daripada Abi Qatadah r.a bahwa Rasulullah s.a.w disoal tentang puasa hari Asyura (10 Muharram), beliau bersabda " Puasa hari itu akan memengampunkan dosa tahun lepas". Hadis Riwayat Muslim dan lain-lainnya.

-Daripada Ibni Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura atau memerintahkan supaya berpuasa pada hari tersebut". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

- Darpada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa hari Asyura diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani

-Sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Friday, December 10, 2010

Belajar untuk peperiksaan


Satu

saya telah lama berhenti belajar yntuk peperiksaan. Apa yang saya baca, sekadar untuk mengisi masa lapang di samping menambah ilmu. Mudaha-mudahan bacaan saya selama ini bermanfaat. Saya cuba mengimbau kembali bila kali terakhir saya mengambil peperiksaan. Dah lama rupanya. Hampir sedekad.

Saya menamatkan bacelor perakaunan di UPM tahun 1999. Kemudian, Oktober 2000 saya menyambung sarjana di UM. oleh kerana saya mengambil kerja kursus dan selepas itu menulis laporan penyelidikan maka saya berazam untuk habiskan kerja selama setahun. kalau tak silap Oktober 2001 adalah kali terakhir saya mengambil peperiksaan. kemudian saya hanya menulis laporan penyelidikan.


Dua

Awal tahun ni, saya gatal mulut dengan seorang kakak. Kononnya nak jadi agen unit trust. Akibatnya, saya terpaksa berdepan dengan CUTE yang tak cute langsung. Sangat stress bila baca nota dan menjawab contoh-contoh soalan. Sepatutnya saya marathon baca buku untuk mencukupkan cabaran seratus buku tahun ni namun sejak seminggu lalu, saya hanya memandang kertas putih yang bertulisan hitam ini.

Masa belajar dulu, subjek kewangan sering tidak mendapat tempat di hati. Kemudian, saya terpaksa menempuhnya lagi. Wah! sangat menyeksakan. Kadang-kala menyesalinya tapi alang-alang belajar mesti Lulus. Malu pada diri kalau tak lulus CUTE ini.

Tuesday, November 30, 2010

Monday, November 15, 2010

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah


1. Bersedaqah dengan niat untuk menyembuhkan penyakit
2. Jangan marah

Cenderahati...





Buku ini sempena merasmikan Majlis Ihtifal Taski/Tahfiz ABIM daerah Serdang 2010..

p/s saya suka buku ini, dan dalam proses menghabiskannya.

Wednesday, November 3, 2010

Akhirnya..kebenaran tetap menang.


Saya sentiasa percaya dan menyakini, kebenaran walau dalam apa jua bentuk PASTI akan menampakkan dirinya. Ini kisah kehidupan dalam mencari sebuah kebahagian yang panjang. Dalam apa jua perbuatan sesama insan, kejujuran dan keikhlasan itulah pegangan. Jika salah satu tiada, tak bermakna sebuah ikatan.

Wahai teman, berpadalah dalam kehidupan. kita sering kemilau dengan cantiknya permata, namun kita kadang-kala boleh tertipu dalam membezakannya dengan kaca. Sungguh! Seringkali kita terkhilaf, kaca pada tangan orang itu lebih indah dan berharga dari permata yang saban hari dalam genggaman kita.

Monday, October 25, 2010

Busana Muslimah: Bukan sekadar indah di mata...

Pandangan terhadap isu IIF, Monte Carlo 2010

Busana Muslimah yang direka sepatutnya perlu mematuhi syariat yang telah ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Mungkin kita alpa, atau terlupa akan pesanan Rauslullah s.a.w buat kita muslimah akhir zaman. Antaranya pesanan itu bermaksud,

“Akan muncul di akhir umatku, wanita-wanita yang bepakaian namun pada hakikatnya bertelanjang. Di atas kepala mereka terdapat sesuatu (mirip) bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga, dan tidak juga akan mencium aroma syurga. Padahal bau syurga itu dapat di cium dari jarak sekian dan sekian.” (Direkod oleh Muslim)

Begitu juga Arahan Allah dalam ayat 59 surah Al-Ahzab yang bermaksud, “ Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak wanitamu dan isteri-isteri orang Mukmin, Hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh badan mereka, yang demikian itu, supaya mereka lebih mudah dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.”

Secara ringkasnya, busana muslimah itu mestilah tidak jarang dan longgar. Maksudnya tidak menampakkan susuk tubuh si pemakainya. Juga apabila bertudung, syarat utamanya mestilah menutupi dada serta tidak menampakkan perhiasan lain. Tamsilannya bertudung dan bersanggul tinggi seumpama bonggol unta dalam pesanan Rasulullah sa.w.

Berbusana itu bukan sekadar selesa dan indah di mata. Namun apa yang pasti mematuhi syariat yang telah ditetapkan, bersopan dan mengekalkan jati diri muslimah timur serta dapat membezakan denagan wanita-wanita “non-muslim”.

Sebaliknya, scenario sekarang berbeza. Ada pihak-pihak yang berkepentingan dalam meraih keuntungan atas kealpaan umat. Segalanya berbau kebaratan atas nama trend. Insustri fesyen juga tidak terkecuali.

Sehubungan dengan itu, kami menggesa dan mencadangkan agar industri fesyen mempunyai kaunselor syariah yang bertauliah bagi memastikan busana muslimah bukan sekadar nama tetapi betul-betul memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh al-Quran dan al-sunnah.

Monday, October 18, 2010

Saya tiba agak lambat ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi. Program sepatutnya bermula petang Jumaat namun kerana kedaifan diri, saya hanya tiba pagi Sabtu.

Alhamdulillah, masih sempat mengikuti perbincangan yang diaturkan urusetia.

Friday, October 15, 2010

Urusan yang tertangguh...



Gambar salah satu pantai di Kemaman, Terengganu

Alhamdulillah, baru berkesempatan menyelesaikan urusan di TNB dan Syabas. Segalanya dipermudahkan..agaknya lepas ini, urusan apa yang perlu saya kendalikan lagi? Mungkin Indah Water...

Wednesday, October 13, 2010

Jawapan untuk Ganding Baca Julai 2010

Maaf, saya tertinggal tren. Seperti yang dijanjikan dgn Puan Najibah (Moderator GR), saya paparkan jawapan saya.

Saya melayan lara hati di restoran Resepi Rahsia bersama hidangan makan malam sambil diiringi lagu-lagu nyanyian ABBA. Secara jujurnya, ada banyak soalan yang saya tak mampu jawab.

Soalan diskusi Julai:

1. ISMA: Cerpen pertama,Langit Lazuardi secara kasarnya dibangun lebih dari 70% dengan ayat kontot atau pendek.Selalu dalam diskusi sastera yang saya dengari, ayat pendek-pendek adalah ayat pemberontak!?.Boleh jadi penulis sedang memberontak ketika itu.Ada sesiapa yang rasa begitu?Atau itu mungkin pengaruh ayat SMS?Ayat orang muda?

Ini kisah pembunuhan. Trauma dan ketakutan. Mungkin itulah luahan penulis ketika menukang cerita ini. Suasana dan persekitaran yang tak ketahuan ini menyebabkan kita sering merasa tidak selesa dan tertanya-tanya kenapa kita mewarisi kekejaman dan ketidakamanan ini.


2. ISMA: Apakah kita orang Melayu optimis terhadap keamanan di Asia Barat? Lebih besar lagi akan kewujudan Palestin merdeka bersama Israel berdaulat? Secara peribadi saya agak terganggu dengan watak Dhaliza, ia tidak menggambar sikapnya sebagai majoriti orang Melayu di Nusantara? Sedangkan,orang Melayu sejak kecil disemai sikap bermusuh dengan yahudi lebih dari orang Arab. Eh, saya lupa, Dhaliza kan seorang kolumnis di majalah antarabangsa(dalam hal ini saya terbayang Fareed Zakaria yang saya geram bila baca tulisan di Time dan saya difaham semua media besar dikuasai orang Yahudi). [DHALIZA, PEREMPUAN MELAYU PRO HAMAS dan DIBERI KOLUM DALAM MAJALAH ANTARABANGSA. Saya rasa ia tidak kena. Kalaulah ia benar(MEMANGLAH FIKSI) saya terganggu dengan watak Dhaliza.:]


Persoalan yang tak pernah ada jawapan. Secara peribadi, saya agak pesimis dengan keamanan di Asia Barat. Seperti yang kita ketahui, orang-orang Yahudi memang dengki dengan orang Islam. Mereka memandang kita tak ubah seperti kambing dalam kandang dan merekalah serigala itu. Berleluasa melakukan apa saja. Bentanglah apa saja pelan damai, namun selagi kedengkian beraja di hati, kedamaian tak pernah akan tercapai.

Namun, pada masa yang sama, saya menyimpan harapan. Suatu hari, Palestin akan merdeka dari kekejaman Israel. Apatah lagi, bila membaca tentang kisah pahlawan-pahlawan silam seperti Muhammad al-Fateh, Salehhudin al-Ayubi serta biografi Kolonel Manaf dan modus operandinya dalam menentang perang Bosnia, saya percaya suatu hari Allah akan membebaskan Palestin dan orang Islam keseluruhannya dari kekejaman kafir laknatullah.



3. Al GHAZALI: Boleh dikatakan hampir keseluruhan cerpen yang terkandung di dalam antologi KUBB ini mempunyai ciri-ciri yang sama – iaitu bersifat anti plot. Ada pro dan kontra menggunakan teknik penulisan seperti ini. Pada awal pembacaan, saya merasa teruja dengan kelainan yang ditawarkan. Apabila sudah hampir ke penghujung; memasuki Jus Soli Jus Sanguinis, keterujaan itu berkurangan kerana saya seakan-akan sudah dapat mengagak kesudahan cerpen. Cerpennya bagus, tapi malangnya tiada variasi. Pendapat anda semua bagaimana? Perlukah Becky meneruskan gaya penulisan seperti ini atau kita menantikan sesuatu yang berlainan? Maksudnya di sini mungkin sedikit twist pada pengakhiran cerita atau apa sahaja.

4. AL GHAZALI: Isu seputar feminisme, alam sekitar dan Palestin mewarnai tema dalam cerpen. Dan ianya agak berulang-ulang. Bagaimana pula agaknya sekiranya Becky mengambil pendekatan wacana mengenai budaya tempatan pula? Lari daripada isu yang biasa diangkat Becky. Mampukah anda menerimanya?

Penulis baru kembali dari merantau. Bagi beliau masa. Biar beliau mesra dan sebati dengan isu-isu tempatan. Mungkin selepas ini kita akan dapat menatap hasil tulisan Becky dalam citra wanita tempatan.


5. HARYATI: Kebanyakan watak utama dalam cerpen Rebecca adalah kaum hawa yang cerdik. Kenapa ya?

6. HARYATI: Sejauh manakah elemen-elemen cinta berlawanan jenis perlu ada dalam sesuatu karya. Apakah sekiranya elemen ini ditiadakan, sesuatu karya itu akan kehilangan serinya?

7. FISHA: KUBB menghimpun banyak rasa pengarangnya terhadap banyak perkara. Namun, rasa sedih, kecewa, kesal paling banyak mewarnai keseluruhan penceritaan. Kenapa tiada langsung catatan bernada lucu dan satira? Adakah pandangan mengenai disiplin politik dan sejarah harus sentiasa bernuansa begitu?

Sepanjang pengamatan saya, sejarah dan politik selalunya begitu. Penuh dengan warna-warna suram. Seperti ubat yang menyembuhkan, kepahitan itulah yang saban hari terpaksa kita telan demi kelangsungan sebuah kehidupan. Selagi mana kita tidak kembali kepada al-Quran dan al-sunnah, itulah warna dan nuansa sejarah dan politik kita.

8. FISHA: Kenapa sekian banyak peristiwa yang terakam dalam kebanyakan antologi KUBB, kimono (mungkin merujuk Jepun) menjadi tajuknya? Mengapa bukan kaffiyeh yang menjadi tanda, sedang pengarang banyak mengangkat citra Palestina?



9. R.O.L.: Dalam mengangkat isu feminisme, perlukah kaum atau watak lelaki dijadikan antagonis supaya kekuatan watak wanita dapat diserlahkan?



10. NAJIBAH: Seni kulit buku ini saya rasa lain dari yang lain. Anak saya bertanya, “Kenapa muka dia marah, Umi?” Suami saya kata, “Macam orang jate muko dio.” (merujuk kepada aura air mukanya). Sesuaikah ilustrasi kulit dengan citra dan nilai dalam koleksi cerpen ini?

Lama saya menelek ilustrasi kulit KUBB. Mencari-cari kerasionalan di sebalik kimono dan aura perempuan yang berwatak bengis. Kimono, biasanya dikaitkan dengan bangsa Jepun yang penuh kesopanan. Kimono juga melambangkan wanita Jepun yang masih mampu mempertahankan jati dirinya. Kisah-kisah dalam KUBB ini pula banyak mengangkat citra wanita yang masih mempertahankan jati-diri Melayu dan Islamnya.

Secara peribadi, ilustrasi kulit bukanlah menggambarkan citra dan nilai KUBB. Mungkin, penulis mahu kita pembaca bijak menilai bukunya. Tidak menilai tulisannya melalui kulit bukunya.

11. NAJIBAH: Kebanyakan cerpen Rebecca mengangkat latar luar negara. Malah ini boleh dikatakan menjadi kecenderungan para pengarang muda sekarang, termasuk sesetengah pengarang lebih berusia. Fenomena ini juga meluas dalam latar cerpen2 yang dicalonkan untuk HSKU 2009 baru-baru ini, ada latar Pakistan, Mesir, Jepun dan lain-lain. Apa pendapat anda mengenai perkara ini? Kita masih banyak isu tempatan untuk diangkat berdasarkan latar tempatan, kerana negara kita sedang bergelumang dengan 1001 masalah sosial, ekonomi dan politik, tetapi kenapa kecenderungan ini terjadi?

Dua soalan istimewa dari pengarang kita, REBECCA ILHAM:

1. Apakah kekurangan dalam karya-karya pengarang yang membuatkan pembaca tidak berpuas hati (terutamanya tentang latar watak yang pengarang sendiri rasa vague, dan tidak beremosi)
2. Keberkesanan penggunaan teknik anti-plot dalam karya dalam menyampaikan tema-tema yang diketengahkan.


P/s- ada banyak soalan yang tiada jawapan.- 2 August 2010

Rumah nan bersawang...


Lama betul rummah ni tak dijenguk. Baru perasan lalang dan sarang labah-labah bergantungan di sana sini. Apa yang paling malang, kuncinya juga telah hilang...

Tuesday, August 31, 2010

Seorang Sekampit Beras..




Jom! Rebut peluang menyumbang ketika ada....

Kutipan sumbangan telah dimulakan dan dijangkakan agihannya akan bermula seawal :


a) 31 Julai 2010 di Jalan Kebun, Shah Alam

b) 14 Ogos 2010 di Gombak

c) dan 15 Ogos 2010 di Sungai Buloh.



Marilah sama-sama membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan dan keprihatinan anda amat dihargai.

Wednesday, August 11, 2010

Selamat Datang Ramadhan




Terima Kasih ya Allah
mempertemukan kami lagi dengan ramadhan ini,

Ya Allah,
penuhi hati-hati kami
takut dan harap
keampunan, maghfirah dan pembebasan api neraka

Ya Rahman Ya Rahim
panjangkanlah umur kami
murahkanlah rezeki kami
berilah kami kekuatan
kesihatan
kesempatan
istiqamah
memahami al-Quran
menunaikan solat-solat sunat
bersedeqah
serta amalan
mendekatkan kami padamu

Ya Rahman Ya Rahim
temukanlah kami
malam seribu malam

Wednesday, July 21, 2010

Ku Pohon...


hati seputih awan
hati sejernih kristal
hati setenang air di kali
hati sebersih pasir putih

Sunday, July 18, 2010

Akhirnya...Penantian Berakhir


Benar kata orang, penantian itu satu penyiksaan. Setelah menunggu beberapa bulan dan urusan-urusan mengenainya sangat melecehkan lagi meletihkan, akhirnya impian saya tercapai. Alhamdulillah, Terima kasih atas nikmatMu yang senantiasa melimpah-ruah.

Sunday, June 27, 2010

Bagaimana mahu berdepan dengan Tuhan...


26 Jun 2010

Malam

Kami bermuktamar. Pimpinan terkanan didudukkan di bahagian hadapan. Mengadap para muktamirin dan muktamirat. Ia umpama berada di kandang salah dalam mahkamah dan apabila ditanya tentang pertanggungjawaban. Saya sangat takut. Ini baru di dunia.

Bagaimana di Padang Masyhar nanti? Apakah yang akan saya tuturkan bila berdepan dengan Mu Ya Allah?

Monday, May 31, 2010

Buku-buku untuk May 2010.

1. Healing with the Medicine of the Prophet S.A.W. RM 48.00
2. Aduhai ~ Fatimah Busu RM
3. Warna Sukma Usia Muda ~ Arena wati
3. Islam Dalam Pelbagai Perspektif: Refleksi Pustakawan Tentang Islam ~ Shaharom TM sulaiman
4. Ayahku Ditangkap RM 18.00
5. Turki: Negara Dua Wajah ~ Dr, Abdullah Azzam RM 18.00
6. Umat Islam menghadapi tentangan Kristianisasi & Sekularisasi ~ Hamka RM9.00
7. Pesona Didik Anak cara Sunnah- Sheikh Musa Ahmad Olga
8. Famili Harmoni
9. Anak cemerlang

Sunday, May 16, 2010

Pengalaman Pertama yang Mendebarkan

16 Mei 2010

Pagi Ahad yang mendebarkan. Tugasan pertama merasmikan program kekeluargaan. Dengan doa yang panjang sesudah subuh saya melangkah ke Kolej Kesembilan UM.

Sejujurnya saya tiada pengalaman dalam perkara ini. ya Allah, berikanlah aku kefasihan dan ketenangan dalam menjyakan amanah ini.

Saturday, May 15, 2010

Antara Dinar dan Dirham

Sudah lama berhajat untuk memiliki dinar emas, namun masih belum berkemampuan. Satu Dinar itu bernilai lebih kurang RM500 manakala satu Dirham RM 14.00. Lantas saya nmemilih memiliki 3.5 dirham...

Dirham perak ini saya miliki sempena Seminar " Tinggalkan Riba, Kembalikan Dinar."

Tinggalkan Riba, Kembalikan Dinar

Sabtu (15 Mei 2010)

Akan saya coretkan isi-isi penting wacana, Tinggalkan Riba, Kembalikan Dinar yang berlangsung di Masjid Simpang Tiga, Gombak bila ada kesempatan nanti.

Kembara yang panjang..


Jumaat..

Malam yang sengaja disingkatkan dengan kembara mimpi. Namun, kembara yang panjang itu dikejutkan dengan permintaan lain. Namun saya biarkan saja permintaan itu tanpa jawapan.

Wednesday, May 12, 2010

Permintaan yang mendebarkan...


Hari Rabu.

Saya dan teman-teman sedang menunggu pesanan makanan ketika Hidayah menelefon dan membawa perkhabaran itu. Saya diminta merasmikan Sukan Taski daerah Kuala Langat. Perasaan bertindan-tindan. Cemas dan gemetar. Persoalannya apa yang patut saya katakan pada pertemuan itu nanti.

Bukankah saya pernah menyematkan di dada. Persoalan yang dihadapi untuk hari-hari mendatang akan dianggap sebagai satu cabaran untuk mematangkan diri. itu tekad saya. Nah, terimalah ia sebagai satu amanah.

Doa saya hanya satu, ya Allah, permudahkanlah.

Thursday, May 6, 2010

Nyanyian Tanjung Sepi ~ Noor Suraya


Saya hampir habis menelaah kitab tebal ini. Masih lagi tulisan Noor Suraya. sekali-sekala seronok juga layan novel cinta.

Kisah perkahwinan yang diatur keluarga walaupun sang jejaka menyukainya separuh mati. Mereka masih berbahagia walaupun masih ada dugaan serta rintangan.

Apa yang pasti, kerana agama sang suami terpaksa menerima kekasih lama, lalu mereka terpisah. Perpisahan itu menemukannya dengan cinta pertama yang telah dilupakan. Apakah sifir hidup ini begitu?

Setiap bab diselitkan serangkap pantun. Saya suka pantun-pantun itu.

Tuesday, May 4, 2010

Istiqamah...


Istiqamah,
Senang dilafazkan
Susah amat diamalkan....

Saturday, May 1, 2010

Dilema Melayu Islam: Kurang Fikir atau Zikir ~ Pahroi Mohd Juoi

Bacaan dari 23 hingga 30 April

Alhamdulillah. Percubaan kali kedua untuk menamatkan buku politik Melayu Islam ini. Satu penilaian yang adil dan saksama. berkenaan tingkah laku politik orang Melayu yang amat pelik. Juga bertukar jadi jelik.

kadang-kala kita jadi sedih dan keliru oleh pemimpin-pemimpin yang melayan rakyat seperti penduduk zaman batu. Mereka seolah-olah memaksa kita menerima bulat-bulat tanpa membenarkan kita menilai sesuatu itu dengan adil. Mahu dipersalahkan siapa keadaan begitu?

saya masih teringat ulasan dalam sebuah majalah sejurus selepas pasca pilihanraya Mac 2008. Bbangsa atau rakyat negara lain yang berani menukar kerajaan dipandang berani dan matang namun bila ramai yang bersuara untuk menukar kerajaan sedia ada dilabelkan macam-macam... ahh bangsaku.

Saya jarang bercerita tentang politik walaupun saya sedar politik itu tak pernah dan tak boleh dipisahkan dengan kehidupan. Biarlah tetek benget politik itu saya simpan kejap di hati. Tetapi sungguh saya sangat berduka dengan keadaan politik yang ada. sekadar pandangan dari golongan marhaen yang menginginkan politik yang telus dan tulus.

Wednesday, April 28, 2010

Bangau oh bangau....



Kala hati berlagu kelam
Lagu lama menjadi siulan
Andai begini catatan kalam
Redakah kita menerima suratan?

Tiba-tiba saya ingin berpantun, sekadar berkongsi rasa yang bertindan-tindan.

Tuesday, April 27, 2010

Bukan mudah melawan rasa hati...


Isnin (26 April 2010)

Malam.

Saya berperang dengan perasaan lagi. Melawan rasa letih, mengantuk serta bisikan-bisikan dalam diri. Tempat yang agak jauh dan tak biasa dituju, nun di Selayang sana. Menambahkan lagi alasan.

Namun, selepas solat Maghrib dan berbuka ala kadar, saya gagahkan diri dengan harapan Allah permudahkan jalan ke sana. Alhamdulillah saya selamat tiba.

Saya mendapat pelajaran yang berguna. Perbincangan malam ini berkenaan bab 13 dari kitab Riyadhus Salihin. Jalan-jalan yang pernuh kebaikan seta kepentingan dan fadhilat solat sunat dhuha.

Terima kasih YA Allah,
Ni'mat yang amat jarang kusyukuri,
Dosa yang menggunung
Harap dan takut
Magfirah dan rahmahMu

Monday, April 26, 2010

Pengajaran yang berguna..


catatan 25 April 2010

Pagi
Menghadiri pertemuan MKA di UIA. Dalam berbincang perkara serius, kami disajikan juga dengan video-video yang menyentuh emosi dan minda.

1. Bagaimana Allah memandang kita.
Kita sering bertakbir dan menyebut Allah Maha Besar. Itu memang kita maklumi sejak dari dulu. Namun, kita mungkin terfikir, bagaimanakah agaknya pandangan Allah pada kita? Kita mungkin pernah terlihat e-mail atau catatan berkenaan kedudukan bumi secara universalnya dalam sistem matahari. Ahh..sangat kecil. Sekecil kuman yang hanya boleh dilihat menerusi mikroskop atau sekecil zarah atau juga sekecil titik noktah.

Lalu, bila kita menyedari situasi ini, masih tegarkah kita untuk berlagak sombong atas muka bumi tuhan ini? Siapalah kita untuk layak berperilaku demikian rupa.

Namun begitu, jangan kita lupa, Allah memandang hamba-hambaNya berdasarkan keimanan dan takwa. Jom, kita berebut-rebut melakukan kebaikan untuk meningkatkan iman dan takwa kita yang sering ada pasang dan surutnya itu.

2. Kita pernah berjaya menguasai dunia.
Turut dirakamkan kejayaan demi kejayaan yang pernah dirakam sejarah kehebatan umat islam membina empayar. Diiringi lagu Alarm-Me, hati begitu tersentuh. Kerana kita meninggalkan islam, maka jadilah kita sepeti sekarang. Ayuh, kita belajar dari sejarah, kita amalkan islam secara menyeluruh dalam diri dan ummah.


3. Power of Dreams.
Kisah bagaimana Sirobashi Honda yang memulakan impiannya dengan basikal yang berenjin untuk krisis petrol selepas perang, kemudian seterusnya lahirlah kereta, kereta lumba, bot, kapal terbang dan segalanya. Semuanya bermula dari kegagalan. Seperti katanya, kejayaan demi kejayaan itu hanya satu peratus dari 99 peratus kegagalan yang pernah ditempuhinya. Oelh itu, jangan takut untuk gagal dan berani mencuba.


4. Kematian.
Slid-slid berkenaan kematian dengan diiringi lagu Andai kutahu dendangan kumpulan Ungu itu begitu menyentuh hati. Bersediakah kita pada sebuah kematian yang tak pernah kita tahu bila dan bagaimana caranya?


Petang
Saya berpeluang menziarahi rakan lama bersama bayi barunya. Pengalamannya membuatkan saya berfikir panjang. Kehidupan ini begitu. Hidup ini pengorbanan. Kita perlu korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu. Itu sunatullah. Betul, kebahagiaan itu sangat mahal harganya.

Sunday, April 25, 2010

Tanda sokongan...

Sebagai tanda sokongan buat kak Fatihah, saya membeli dua novel terbarunya.
1. Seteguh Cinta
2. Selagi Masih Ada

RM 34.00

Penyucian Jiwa


Catatan usrah 24 April 2010

Friday, April 23, 2010

Hari Buku Sedunia.

Kawan baik yang tak akan pernah mengecewakan. Tidak akan pernah meninggalkanmu serta teman kala susah dan senang.


Selamat Hari Buku

Bahlut ~ Faisal Tehrani

Bacaan 21 hingga 22 April 2010.

Buku terbaru karya FT. membacanya memberi suntikan semangat. Hidup ini perlu melawan. Hidup ini perjuangan. Walau apa-pun berlaku , hidup ini perlu diteruskan dan biarlah sentiasa lurus.

Wednesday, April 21, 2010

Membudayakan 10 Gaya Hidup Sihat ~ ABIM Johor

Bacaan 20 April 2010

Alhamdulillah. Buku saya berjaya menghabiskan buku ini.

Tuesday, April 20, 2010

Cinta di Rumah Hassan Al-Banna

Bacaan 19 April 2010

Penyejuk Jiwa

Bacaan dari 12 hingga 19 April 2010

Sunday, April 18, 2010

Petua Menanagani Stress

Bacaan pada 17 April 2010

Hobi yang satu ini

1. Nyanyian Tanjung Sepi ~ Noor Suraya (RM 30.30)
2. Putik ~ Aziz Afkar ~ RM 5.00

Tuesday, April 13, 2010

Ayat 24-25 Surah al-Anfal




Catatan usrah pada 12 April 2010.

Sunday, April 11, 2010

Surah al-Insyirah...


catatan usrah 10 April 2010

Yakinlah dengan sesungguh-sungguhnya, setiap kesusahan ada kemudahan. Setiap kesempitan ada kelapangan. Mana bisa kita mendapat kesenangan jika tak melalui kesusahan. Itu sunatullah. Ia silih berganti.

Aku, Buku dan Cinta

Bacaan 5 hingga 10 April 2010.

Alhamdulillah, akhirnya saya habis membacanya.

Saturday, April 10, 2010

Atas Nama Cinta ~ Isa Kamari

Bacaan 4 - 9 April 2010

Kesan dari menonton Teater Muzikal Natrah. saya mengulit Atas nama Cinta buah tangan Isa Kamari.

Thursday, April 8, 2010

Buku..

1. Chef Wan Around The world RM 15.00
2. Attitude in Action RM3.00

Sunday, April 4, 2010

Secangkir Teh Pengubat Letih ~ Hasrizal Abdul Jamil

Bacaan 2 - 3 April 2010

Catatan perjalanan Abu Saif di bumi Turkiye. Membaca catatannya mengundang sebak yang bukan sedikit. Seribu satu penyesalan. Kota khalifah bertukar menjadi tragedi. hebat sekali proses sekularisasi. Namun, ada rahmatnya.

Menurut penulis, islam di sana tak seperti di sini. Islam diamalkan sepenuh, walaupun ditindas, dikenakan pelbagai sekatan, namun mereka bangkit melawan. Tidak membiarkan dibawa arus. ramai di sana menghafaz al-Quran. Saya tertarik dengan penyataan ni, " Kami risau al-quran akan dibiarkan lalu kami menghafaznya dalam dada kami".

Juga kisah khalifah terakhir yang mati dalam buangan serta anak cucu-cicitnya yang melarat di bumi asing.

Kisah tudung. Tudung di sana adalah IMPIAN dan IMAN. Kisah wanita islam yang dihalang dari memegang jawatan kerana IMAN.

Seribu satu kisah yang menyentuh perasaan.

Saturday, April 3, 2010

Selamat Hari Lahir


Selamat Hari Lahir buat Aufal, Ba', Lina dan Yani.

~ Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dilapangkan serta diberkati hidup di sini dan di sana.

Friday, April 2, 2010

Murabbi Cinta ~ Hasrizal Abdul Jamil

Kesinambungan dari Aku Terima Nikahnya dan Bercinta Sampai Syurga. Kisah kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.

Thursday, April 1, 2010

Majalah Bulan April

1. Apartment ~ RM10.00
2. Impiana ~ RM 8.50

Tuesday, March 30, 2010

Istiqamah....

Catatan usrah pada 29 Mac 2010.


Sedikit catatan usrah berkenaan istiqamah. Ia berdasarkan Hadith 86 dari Riyadhus Salihin.

Kupasannnya oleh Ustaz Haris.

~ Setiap apa yang kita lakukan biar sederhana dan berterusan namun tidak perlu melampaui batas. Ini termasuklah amalan-amalan sunat, juga kerja-kerja dakwah.

~ setiap amal soleh yang kita lakukan hanyalah sebab untuk masuk syurga tetapi bukanlah jaminan. Hanya rahmat dan kasih-sayang Allah yang melayakkan kita ke SYURGA.

~ Seandainya kita meninggalkan kerja-kerja dakwah, jaemaah tak pernah rugi. Yang kerugian adalah KITA kerana kantung amalan kita makin kekurangan.

Friday, March 26, 2010

Pesta Buku Kuala Lumpur 2010

1. Ingin Jadi Nasrallah ~ Faisal Tehrani
2. Nama Eng Bahlut ~ Faisal Tehrani
3. Beruk ~ Azizi Abdullah
4. Suriati ~ Azizi Abdullah
5. Satu Bumi ~ Isa Kamari
6. Berdakwah Melalui Penulisan Efektif ~ Hafiz Firdaus Abdullah
7. Kewajipan Menguasai Enam Jenis Fiqh Bagi Pendakwah Islam Di Alaf Baru ~ Penterjemah: Basri bin Ibrahim
8. Petunjuk al-Quran dan Al-sunnah berkenaan Haid, Istihadah dan Nifas ~ Syaikh Muhammad al-Shalih al-Utsaimin
9. Murabbi Cinta ~ Hasrizal Abdul Jamil
10. Secangkir teh Pengubat Letih ~ Hasrizal Abdul Jamil


Betul-betul kenduri buku. Bulan ini ada 16 buku baru. Bila nak baca ni?

Jaja & Din ~ Noor Suraya

Bacaan yang ringan dan bersahaja. Saya tersenyum-senyum geli hati. Ini novel kedua tulisan Noor Suraya yang saya baca. Novel pertama Surat Ungu untuk Nuha. Saya masih ingat surat-surat rahsia Alang buat Nuha. Banyak berkisar tentang aurat seorang muslimah.


Dalam senyum-senyum dan geli hati itu saya terfikir beberapa perkara:
1. Seandainya saya Jaja, tegarkah saya meminang seorang lelaki yang baik untuk dijadikan suami pilihan. Kisah ini mengingatkan saya tentang Saidatina Khadijah Khuwailid yang meminang Rasulullah walaupun beliau ada pilihan lain yang lebih berharta. Beliau memilih Rasulullah kerana akhlak Rasulullah yang terpuji. Saya teringat satu hadith Rasullullah bahawa tanda-tanda kebaikan anak Adam apabila ia mendapat pasangan yang baik.


2. Dalam dunia semua orang mengejar kemewahan, kita diperingatkan dengan hidup seadanya. Bersederhana dalam semua aspek kehidupan.

3. Kepentingan menjaga solat.

4. Konsep jihad dan infaq fi sabilillah. Jihad dan infaq ini mengikut kemampuan kita. Kalau kita mampu emngangkat senjata, silakan. tetapi seandai kita tak mampu mungkin ada cara lain yang patut kita ikhtirkan.

5. Banyak membaca kisah Nabi, Rasul serta orang-orang soleh.

Wednesday, March 24, 2010

Solat Kebaikan dariPerspektif Sains & Cinta Di Rumah Hassan Al-Banna

Saya sungguh pantang ke Tabung Haji. Makan dan kemudian saya sempat menyambar dua buku.

1. Solat Kebaikan dari Perpektif Sains ~ RM 29.90
2. Cinta di rumah Hassan Al-Banna ~ RM 13.00

Saturday, March 20, 2010

Amcorp Mall..

Cadangnya ke Pesta buku, tapi mengenangkan lautan manusia..oh, saya ke Ampcorp Mall sahaja. Ke Book Axcess dan Popular.

Masuk ke book Axcess, terus jadi rambang mata. Banyak buku dan harganya, berbaloi-baloi, saya mahu mendisplinkan diri. mahu membeli satu buku motivasi dan sebuah novel.

1. Why We Want You To Be Rich, RM 29.90
2. Clicking the Heels RM 17.90
3. Thesaurus RM 3.00

Kemudian singgah pulak kat Popular
1. Jaja & Din RM15.00 (selepas diskaun 25%)
2. Dear Yayah Diaries Collection (RM39.00)

Friday, March 19, 2010

Tanda Sebuah Kurnia ~ Kamariah Kamaruddin

Buku yang lama dibeli. Kisah suka duka Azma Wahida mengharungi dunia remaja di kampus Adelaide. Ada kisah rindu pada keluarga dan kampung halaman. Juga kegagalan dalam mengenal hati teman berlawanan jenis. Serta kesetiaan kawan lama di tanahair dan keluhuran budi teman di perantauan. Semuanya diadun secukup rasa.

Membaca novel ini mengingatkan suka duka perit jerih mengharungi dunia remaja di kampus hijau berbelas tahun dulu. Segalanya sangat indah dalam kenangan. Tiba-tiba jadi rindu pada saat-saat dulu.

Thursday, March 18, 2010

Selamat Datang Sofea Deanna Binti Harmizi

Hari ini, kami sekeluarga meraikan kedatangan Sofea Deanna dalam Keluarga kami. "Lauk" baru buat Aireene dan Aufal.

Tuesday, March 16, 2010

Syoknya...Puasa ~ Rajandra Kartawira

Buku yang mengupas persoalan puasa. Menurut buku ini bukan sahaja manusia yang perlu puasa. Haiwan juga turut puasa.

Monday, March 15, 2010

Majalah Bulan Ini

1. Dewan Sastera
2. Tunas Cipta
3. Impiana
4. Solusi no. 17

semuanya RM 28.50

Sunday, March 14, 2010

Bila Tuhan Berbicara ~ Faisal tehrani

Bicara Tuhan itu pelbagai. Namun, pastinya bicara Tuhan penuh dengan rahmah dan kasih sayang.

Saturday, March 13, 2010

Life is an Open Secret ~ Zabrina A. Bakar

Alhamdulillah. Saya berjaya menghabiskan buku ini. Entah percubaan kali ke berapa, saya sudah lupa.

Buku ini mengandungi 18 cerita pendek, ditambah satu bonus.Ia membuatkan saya termenung panjang. Berfikir tentang pelbagai kisah dalam kehidupan. Putaran roda silih berganti. Apa yang pasti berbuat baiklah, selagi terdaya.

Banyak yang ingin diperkatakan. Akan saya sambung nanti.

Friday, March 12, 2010

Mekar Sakura di Mimbar Cinta ~ Ilham Hamdani

Mekar Sakura di Mimbar Cinta
Penulis: Ilham Hamdani
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Tahun: 2007


Antologi cerpen yang mengandungi 13 buah cerpen yang berlatarkan Jepun. Karya pertama Ilham Hamdani yang saya baca. Ada unsur-unsur dakwah di dalamnya yang berbumbukan cinta. Namun, persamaan watak dan latar dalam beberapa cerpennya seringkali membuat saya keliru dan agak terganggu.

Apa lagi ya...nanti berkesempatan saya sambung.

Wednesday, March 10, 2010

101 Doa Para nabi & Rasul Dalam Quran: Khasiat & Kaifiat Beramal

Tercari-cari buku untuk hadiah perkahwinan seorang teman lama. Lantas hati memilih buku ini.

Sekadar dokumentasi: RM25.90

Menangani Sifat Marah ~ Dr. Mohd Fadzilah Kamsah

Ini buku lama. entah bila saya membeli. Mungkin semasa Pesta buku 2007. Masih elok pembalutnya. Buku kecil yang berwarna-warni. Kecil tapi padat dengan maklumat.

Kewajiban pada Negara


Hari ini mengisi e-filing untuk cukai. Pelikkan,tiba-tiba jadi sedih bila RMxxx tak dapat balik. Perasaan itu tak sama bila membayar zakat. Saya rasa gembira tapi bila bayar cukai jadi sedih. ooo..saya bukan rakyat yang baik..

P/s-terus jadi semangat untuk shopping buku.

Tuesday, March 9, 2010

Kembara Hati di Tanah Suci ~ Ustaz Ghazali Ibrahim

Alhamdulillah, saya selesai membaca buku ini. Banyak yang menarik tentang buku ini. Bahasanya bersahaja. buku ini mengupas persolan yang tersirat di sebalik yang tersurat berkenaan haji dan umrah. Juga kaitannya dengan realiti harian kehidupan kita.

Ada masa akan saya tuliskan apa yang menarik tentang kembara ini.

Sunday, March 7, 2010

Suatu catatan...


6 Mac 2010

Alhamdulillah, kami selesai berjemaah subuh dan diikuti dengan bacaan al-mathurat. setelah berkenalan dengan penghuni darwa dan tazkirah ringkas, kami bersiap untuk ke program.


Kami ke Kompleks Warga Emas Seksyen 24, Shah Alam ditemani gerimis sepanjang perjalanan. Alhamdulillah, seperti yang dirancang kami selamat tiba. hati sungguh berdebar-debar. Seumpama lebah di dalam perut saya. Saya bimbang akan kehadiran para Helwa. Namun akhirnya, kami berjaya mengumpul 60 orang Helwa. Ya Allah, kehadiran yang bermakna. Alhamdulillah.

Program dimulakan dengan ucapan Pn. Latifah selaku ketua Helwa Wilayah dan ucap utama oleh Tuan Ahmad Kamal berkenaan Pertanian Bandar dan Alam Sekitar. Beliau menekankan tentang kepentingan kaum Helwa dalam membangunkan industri pertanian. Juaga peranan kaum hawa dalam memdidik anak-anak dalam mempraktikkan baja oganik. Beliau juga memberi penerangan bagaimana membuat sendiri baja organik dari bahan-bahan buangan sisa rumah.


Kemudian kami dipecahkan mengikut kepada beberapa kumpulan untuk merangka beberapa program sepanjang tahun. Setelah sessi pembentanagn dan solat zuhur, majlis bersurai.

Buat semua Helwa yang menjayakan program, terima kasih. Jambangan bunga ini untuk anda.

Saya kembali lagi ke sana...

5 Mac 2010

Petang Jumaat yang berkah. Kuala Lumpur dibasahi hujan. Setelah selesai solat isya' saya bertolak ke Darwa. Sudah lama tidak ke sana. Esok, program bersama Helwa wilayah. Hati digulati resah. Saya beristighfar panjang. Saya serahkan segalanya pada Allah.

Lebih kurang jam 11, saya sampai darwa dan disambut dengan senyuman semanis madu oleh pengurus Darwa.

Friday, March 5, 2010

Membina Imaginasi Cemerlang ~ H.M. Tuah Iskandar

Alhamdulillah. Saya brejaya menghabiskan buku ini buat kali kedua. Saya membacanya beberapa bab sebelum tidur. Maka buku yang mengandungi 22 bab itu amat lama untuk dihabiskan. Semalam, saya membacanya ketika diri terperangkap dalam tren yang rosak.

Di akhir bab, tercatat tentang kisah seorang pelayar Melayu yang bersama Ferdinand de Magellan yang telah berjaya mengelilingi dunia. Kisah pelayaran Awang ini dijadikan novel "Enrique Mengundang Jauh." Seingat saya, saya pernah memiliki buku ini. Tapi di mana?

Thursday, March 4, 2010

1511H (Kombat)

Alhamdulillah. Saya berjaya menghabiskan novel kisah perang yang menyentuh emosi ini.

Wednesday, March 3, 2010

Menunggu Bingkisan Istimewa


Setiap ketika sejak mendapat e-mail dari Puan Najibah, saya menjenguk 'pigeon hole'. Menunggu bingkisan istimewa yang dijanjikan. Perasaanya seolah-olah menunggu surat cinta dari sidia. Sungguh indah perasaan itu.

Akhirnya, pagi ini saya menerima bingkisan tersebut. Sebuah buku atau tepatnya novel "Mekar Sakura di Mimbar Cinta". Terima kasih Puan Najibah.

Friday, February 26, 2010

Selamat menyambut Maulidur Rasul

Jumaat yang mulia. Cuaca tenang. Banyak yang perlu dilakukan hari ini.

Pagi

Perjumpaan terakhir sebelum program minggu depan.

Petang
Menziarah Am dan menjemput Helwa-helwa ke program minggu depan. Hati berdebar-debar menanti kehadiran untuk program tersebut.

Ohh..hari ini Maulidur Rasul..

Ya Rasulullah,
Kami sangat terhutang budi,
Kami rindu untuk bertemumu,

Ya Rasulullah,
Terima kasih,
mengenalkan kami dengan iman dan islam.

Wednesday, February 24, 2010

Kembara Hati di Tanah Suci..

Niat di hati mahu puasa beli buku. Tadi lepas makan di Tabung Haji saya 'terbeli' buku KEMBARA HATI DI TANAH SUCI tulisan Ustaz GHAZALI IBRAHIM. Harganya RM 30.00.

Tukcai ~ Azizi Abdullah

Membaca karya-karya Azizi Abdullah tidak pernah mengecewakan saya. Saya cuba memahami perasaan Tukcai. Juga belajar memahami perasaan ayahanda dan bonda serta nenda yang masih ada.

Tuesday, February 23, 2010

Tuhan Manusia ~ Faisal Tehrani

Alhamdulillah. Akhirnya saya berjaya menghabiskan bacaan novel ini. Novel yang sarat dengan pelbagai persoalan.

Sunday, February 21, 2010

Manisnya ukhuwwah

Petang Sabtu, saya memandu ke Sri Al-Huda. Nawaitu membincangkan perjalan progam pada 6 Mar 2010. Sementara menunggu sahabat-sahabat lain, saya sempat membaca bahan untuk usrah hari Isnin. bab 12 dari kItab Riyadhus-Salihin. Bbab ini membincangkan untuk menghimpunkan segala kebaikan sebagai bekalan di sana.

Kemudian, satu persatu sahabat tiba. Paling tak disangka, petang yang syahdu ini saya dipertemukan dengan Puan Rohani Mohamad. Antara orang-orang terawal yang saya temui ketika belajar menjadi aktivis masyarakat. Lama kami tidak bertemu. Seingat saya, kali terakhir bertemu, ketika saya masih lagi bergelar pelajar.


Kami berjemaah maghrib dan bersama-sama mengikuti usrah malam itu yang banyak menyentuh persoalah tauhid. Juga sedikit penerangan dari wakil rumah anak yatim Takbai(AYATA.) Antara yang menyentuh minda dan naluri tentang beruntungnya kita dilahir dan dibesarkan di Malaysia berbanding mereka yang berjerih di bumi sendiri.

Saturday, February 20, 2010

Baca @ LRT

Pagi Sabtu yang mengujakan. Saya ke Stesen LRT Terminal Putra untuk bersama memeriahkan Baca @LRT.

Biasanya hanya segelintir yang membaca. Tetapi hari yang ceria ini, boleh dikatakan semuanya membaca. Pemandangan yang sangat menarik.

Baca@LRT berakhir di Taman Jaya dan kami sempat singgah di Bookxcess kat Ampcorp Mall. Melihat buku-buku yang banyak dan harga yang berbaloi-baloi, hati berbunga riang. Namun, mengenangkan dompet yang hampir susut dan puasa beli buku sampai dapat rumah idaman, niat terpaksa dikekang. Ditambah pula dapat cenderamata comel, "Book Thong" atau penanda buku bereben yang di hujungnya ada manik dan hiasan kucing comel.

Oh ya, saya baca buku Tuhan Manusia.

Friday, February 19, 2010

Alhamdulillah. Saya habis mengkhatamkan buku kecil ini. Buku ini mengandungi beberapa pesanan penting buat kita sebagai umat islam. Antaranya menyambung silaturrahim, perbanyakkan membaca al-Quran, mengurangkan kehinaan.


Buku ini juga menceritakan tentang latar-belakang orang yang menlaporkan hadith tersebut. Antaranya Abu Hurairah, Abu Darda' dan Saidina Ali. Ia juga dikuatkan lagi dengan ayat-ayat al-quran yang menganjurkan perkara tersebut serta tafsiran dari Tafsir al-Azhar oleh Hamka. Akhir sekali, dimasukkan juga pesanan pujangga buat kita sebagai bekalan perjalanan ke sana.

Biografi Muhamad Bin Abdullah ~ Zulkifli Mohd Yusoff & Noor Naemah Abd. Rahman

Alhamdulillah,akhirnya saya berjaya menghabiskan Biografi Rasulullah ini.

Thursday, February 18, 2010

Majalah Bulan Februari

1. Dewan Sastera ~ RM6.00
2. Tunas Cipta ~ RM 5.00
3. Solusi No. 15 ~ RM 9.00
4. Impiana ~ RM 8.50


(sekadar dokumentasi berapa banyak saya habiskan untuk majalah dan buku sepanjang tahun 2010)

Wednesday, February 17, 2010

Penapis


Karat besi,
bisa di tapis
teknologi terkini

Karat mazmumah
bisakah ditapis
teknologi canggih

Reading Room


Cuti panjang ni, saya banyak buat senaman mata depan kotak kecik. Namun, agak terkesan dengan filem "Reading Room" yang ditayangkan pagi Selasa dalam saluran Hallmark. Filem yang mungkin boleh memberi sedikit inspirasi kepada ulat-ulat buku.

Filem ini mengisahkan Willaim Champbell seorang duda yang baru kematian isterinya Helen. Antara wasiat terakhir Helen adalah membuka sebuah bilik bacaan di Oakdale, sebuah kawasan Hispanik.

Pelbagai cara dilakukan untuk menarik khalayak ke bilik bacaan tersebut. Antaranya menawarkan air tin percuma serta permainan komputer yang terkini. Beliau turut menawarkan peluang pekerjaan kepada pengunjung yang sentiasa mengunjungi bilik bacaan itu walaupun sekadar membaca majalah hiburan.

Setiap perkara yang baik, ada halangan dan rintangannya. Bilik bacaan diceroboh, pernah mendapat ugutan dari pihak berkepentingan malah bilik bacaan turut dibakar. Namun, itu tidak mematahkan semangatnya. Beliau berjaya membangunkan kembali bilik bacaan tersebut malah kali ini dengan lebih baik.

Buku bukan sahaja menambah ilmu, meningkatkan taraf hidup tetapi buku juga menambahkan kasih-sayang dalam kehidupan.

Saya sungguh teruja melihat koleksi buku milik mereka. Saya ingin memiliki perpustakaan peribadi yang menawarkan pelbagai buku. Mungkin satu bilik akan saya jadikan perpustakaan peribadi di rumah impian nanti. Insyaallah.

Tuesday, February 9, 2010

Suci Dalam Debu...

Pagi Isnin. Pasar tani di kawasan rumah saya jelajahi. Saya teringin mencari kuih tradisional. Minda teringat-ingat rasa lemak manis tepung gomak. Sejak kecik saya memanggilnya Suci dalam Debu. Ini kerana ia di saluti tepung beras (kalau tak silap. Saya jelajahi beberapa gerai namun hampa. Kemudian, ketika ingin berpatah balik, saya terjumpa kuih ini. Hati girang gembira. Walaupun agak kecil dan hanya tiga biji seringgit. Itu dah memadai.

Kemudian saya teringat satu pesanan Rasulullah, begitulah perumpamaan Allah menyukai apabila kita menghampirinya. Nanti saya cari pesanan tersebut dalam kitab Riyadhus Salihin.

Sunday, February 7, 2010

101 Akhlak Nabi S.A. W: Contoh Ikutan Terbaik ~ Ustaz Safwan Fathy

101 Akhlak Nabi S.A. W: Contoh Ikutan Terbaik
Penulis: Ustaz Safwan Fathy
Penerbit: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Muka surat: 145
Harga: Edaran percuma

Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan buku ini. Buku ini saya dapat secara percuma ketika menonton Konsert Opick di UIA. Menurt penulisnya, buku ini merupakan
jawapan karikatur hina Nabi S.A.W.

Penulis menyenaraikan amalan-amalan Rasulullah yang patut kita jadikan amalan. kalau ada kesempatan saya akan senaraikan amalan-amalan tersebut.

Sunday, January 31, 2010

Hadiah Ulang Tahun..


Pagi menjelma. Saya memikirkan apakah hadiah yang terbaik buat diri sempena kelahiran ini. Tiga tahun lepas saya memiliki kenderaan sendiri. Tidak mewah dan besar tetapi mampu membawa saya ke mana-mana tempat yang dituju. Sentiasa berharap kenderaan itu membawa banyak manfaat dalam kehidupan ini.

Tahun lepas, saya membeli sejumlah buku sebagai hadiah buat diri sendiri. Tahun ini saya bercadang melakukan perkara yang sama. Namun, niat terpaksa saya kekang buat sementara. Semalam saya mengemas "harta-harta" itu, banyak lagi belum saya buka bungkusannya. Terkenangkan niat dan azam tahun baru. Mahu menghabiskan sebanyak mungkin buku yang ada.

Lantas tahun ini saya hanya mengucapkan selautan syukur kerana masih lagi dapat bernafas dan berbakti pada keluarga terutama buat Ma dan Ba'. Cukuplah impian untuk memiliki rumah sendiri sebagai hadiah buat diri setelah 34 tahun bernafas di muka bumi ini.

Terima kasih dan alhamdulillah, hanya itu yang mampu dilafazkan

Ulang tahun kelahiran


Hari ini
bertambah lagi usia
telah tiga dekad berlalu

ujian demi ujian
rahmat dan ni'mat
silih berganti
ada kala gembira ceria
kerap kali duka hiba
mengajar diri
erti kematangan


menghitung bekalan dan amalan
cukupkah sebagai bekalan
menuju ke alam sana?

Wednesday, January 27, 2010

Diam itu Lebih Baik...


Kita selalu mendengar atau membaca sebaris ayat ini dituturkan. Namun, kita jarang mengaplikasikannya dalam kehidupan. Hari ini dalam satu pertemuan saya hanya mendiamkan diri. Cuba mempraktikkan kata-kata bahawa DIAM ITU LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA.

Ternyata ia berhasil. Saya hanya mendengar dan cuba menganalisa setiap butir bicara yang diperkatakan. Betullah, lagi banyak kita berkata-kata, lagi banyak kelemahan diri kita akan tonjolkan.

Monday, January 25, 2010

Mujahadah Melawan Hawa Nafsu...


Alhamdulillah. Saya berjaya juga ke usrah. Aktiviti yang telah lama saya tinggalkan. Terubat seketika kerinduaan.


Saya tiba ke rumah YDP sebaik sahaja laungan azan Isya'. Kami solat isya' berjemaah diikuti bacaan al-Mathurat. Pengisian jasmani dan pengisian rohani. Bertepatan dengan perbincangan usrah malam ini. Kupasan kitab Riyadus-Salihin oleh Ustaz Azman.

Apa yang terlekat dihati- suatu pesanan Nabi, Selangkah kita mendekati Allah, seribu langkah Allah mendekati kita. Pbila kita datang kepadanya dengan berjalan, Allah datang dengan berlari.

Begitulah kalau dianalogikan dengan saya. Setelah lama beruzlah, malam ini saya diberi sedikit kekuatan. Saya bermohon agar terus diberi kekuatan. Demi mendapat keredhaanMu Ya Allah. Amin.

Sunday, January 24, 2010

Prosedur...


prosedur itu
panduan
menentukan gerak kerja
agar tidak tersasar

Prosedur itu
memudahkan urusan
bukan menyusahkan

Selama mana
ia tidak melanggar agama
terima ia seadanya

Saturday, January 23, 2010

Konvensyen Kepimpinan Wanita Selangor


Sekadar dokumentasi. Saya menghadiri Konvensyen ini sebagai salah seorang peserta. Konvesnyen ini dianjurkan oleh Kerajaan negeri selangor bertempat di Kompleks Kebudayaan Belia dan Sukan, Seksyen 7, Shah Alam.

Friday, January 22, 2010

Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran- Dr. Danial Zainal Abidin


Tip-Tip Cemerlang Daripada Al-Quran

Penulis: Dr. Danial Zainal Abidin
Penerbit: PTS Millenia Sdn BHD
Tahun: Cetakan Kelima 2007
Harga: RM 29.00

Saya sengaja membaca buku ini lambat-lambat. Diantaranya saya sempat menghabiskan buku Membina Hati Bahagia. Buku ini telah lama dibeli. Beberapa tahun lepas. Begitulah azam tahun ini. Mahu menghabiskan koleksi buku -buku yang masih tersusun cantik di rak. Di samping itu, meninggalkan sedikit catatan sebagai dokumentasi atau pengesahan yang buku ini pernah saya baca. Mungkin perlu diulang lagi beberapa kali.

Di kesempatan lain, akan saya coretkan pengalaman pembacaan tersebut.

Wednesday, January 20, 2010

Ilmu Ikhlas....


Sekiranya kita pernah menonton filem KIAMAT SUDAH DEKAT, kita mungkin masih terkesan dengan tiga syarat utama yang ditetapkan oleh ayah Sarah apabila Fandi datang bertemunya bagi meminang anaknya. Syaratnya:
1. Belajar mengaji
2. Belajar solat
3. Menguasai ilmu ikhlas.

Ketika itu saya selalu terfikir apakah sebenarnya ilmu ikhlas itu? Semalam semasa program bersama HELWA Wilayah, sekali lagi Ustazah Hazlina mengajukan persoalan yang sama. Apakah ilmu ikhlas itu?

Imam Nawawi mendefinisikan ikhlas itu umpama mencari seekor semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap gelita.

Sunday, January 17, 2010

Meneruskan Kesinambungan Perjuangan Helwa.


Pagi Ahad yang cerah. Saya memandu dari KElana Jaya ke Gombak dengan ditemani gemersik suara dari Opick. Saya tiba seawal jam 8 pagi di SRI Al-Huda, Gombak. Majlis ini anjuran HELWA WIlayah. Masa senggang selama sejam saya penuhi dengan membaca buku TIp- tip Cemerlang dari Al-Quran.

Pengisian pagi ini oleh Ustazah Hazlina. Sudah lama tidak mendengar dan mengikuti program bersamanya.

Pabila bercakap tentang Helwa, kita tercari -cari model yang patut dijadikan ikutan. Menurut Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, wanita itu adalah isteri kesayangan Rasulullah S.a.w iaitu Syaidatina Khadijah Al-Khuwailid. Inilah wanita ikutan sepanjang zaman. ( Saya teringat buku yang belum sempat saya habiskan di rumah).

Antara ciri-ciri kecemerlangan Beliau:
1. Tarbiyyah Akidah
Sebelum beliau meminang Muhamad, beliaua telah dipinang Saudagar hebat Muawiyah bin Abu Sufyan. Tetapi kerana imannya pada Allah, beliau memilih Muhamad yang jujur dan amanah.

2. Tarbiyyah Akliah- pemikiran yang berdasarkan al-Quran dan al-sunnah

3. Tarbiyyah aklakiayyah- Terbahagi kepada dua. Akhlak zahir dan batin. Akhlak batin seperti sabar dan ikhlas serta meletakkan pergantungan hanya kepada Allah.

4. Tarbiyyah Riyadiyyah. Ini yang sering kita lupakan sedangkan kita selalu mendengar pepatah "Akal yang sihat datang dari badan yang Sihat.

Program ini juga bertujuan merapatkan ukhuwwah.

Thursday, January 14, 2010

Pesanan Seorang Teman



Suatu ketika, masih lagi bergelumang dengan buku dan peperiksaan, kami dipertanggungjawabkan dengan amanah dalam KBM. Ramai yang enggan untuk memikul amanah tersebut. Lalu, seorang ketua pernah berpesan, katanya:

1. Yakinlah, sekiranya sesuatu itu telah ditakdirkan menjadi hak kita, janganlah risau. Tiada siapa pun yang mampu mengambilnya.

2. Yakinlah, sekiranya sesuatu kerja itu telah ditakdirkan buat kita, maka lakukanlah dengan bersungguh-sungguh dan tanpa bertangguh-tangguh lagi.

3. Yakin, sekiranya kematian telah ditakdirkan buat kita, maka sesaat pun tidak akan menunggu kita.

Saturday, January 9, 2010

Bengkel Perancangan Strategik PPW


Pagi yang damai. Kami bersama beberapa delegasi dari Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor dan Wilayah berhimpun dalam merangka satu pelan dan modus operandi PPW. Kami bertukar-tukar pandangan dalam majlis yang agak santai. Inilah juga ruang dan peluang untuk bertanya khabar dan merapatkan ukhuwwah.

Menbina Hati Bahagia: Membina Imaginasi Wanita Cemerlang

Bacaan dari 5 hingga 8 Januari 2010


Membina Hati Bahagia

Penulis: Dr. HM Tuah Iskandar
Penerbit: Karya Bestari Sdn Bhd
Tahun: 2003
Harga: RM 15.00


Buku ini telah lama dibeli. Kulitnya juga telah berubah warna. Telah ada ciri-ciri kitab kuning. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan bacaan sepanjang minggu ini.

Membaca kisah-kisah pendek dalam buku ini kadang-kala buat saya berfikir panjang. Ada unsur-unsur pengajaran yang terselit dalam setiap halamannya. Boleh dikatakan, buku ini kompilasi artikel penulis dalam beberapa majalah.


Bahagia itu letaknya di hati. Kita yang menciptanya.

Thursday, January 7, 2010

Kontroversi Pemakaian Kalimat Allah: Suatu pernyataan Keprihatinan

KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH:
SUATU PERNYATAAN KEPRIHATINAN

Dato’ Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus “tuan rumah”. Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan agama masing-masing tanpa gangguan. Selama ini kerukunan hidup sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga kerana adanya kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini. Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusek atau diganggu.



Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam. Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama Allah dalam konteks agama selain Islam.



Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya, Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu disebut asma’u ‘Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sabur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam) yang tidak dipakai untuk selain-Nya.



Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”. Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya. Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang Allah. Ternyata Allah adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama Suratu ‘t-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah “...a Personality”, bukan sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.



Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur’an yang membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik, termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks faham syirik.



Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.



Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:



What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.



Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.



Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.



It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.



In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay majority hosts.



The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to the colonials and the undermining of the cultural and religious sensitivities and heritage of Malaysia’s majority (http://takemon.wordpress.com/about/).





Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut. Ia akan ditafsirkan sebagai strategi “lulus jarum, lulus kelindan”, selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di rantau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society. Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu dilakukan atas nama “...cultivating the waste and barren soil of the native mind”. Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam. Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar ejekan “Abdullah Paderi”.



Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi “perkara masa lalu” yang sudah tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira `uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.

Wednesday, January 6, 2010

Penilaian Prestasi


Masa untuk puji diri sendiri. Bab yang paling saya tak suka tapi terpaksa berdepan dengannya. Masa untuk mendokumentasikan segala hasil kerja selama setahun.

P/s -Bonus nak banyak tapi borang malas nak isi. Bagaimana tu?

Tuesday, January 5, 2010

Monday, January 4, 2010

Al-Quran: Seven in One

Kitab pertama saya beli tahun 2010. Mengandungi 7 bahagian
~ Teks Ayat
~ Tajwid warna
~ Terjemahan
~ Tafsir
~ Asbabun Nuzul
~ Indeks Makna
~ Indeks Kata

Harganya RM150.

Saturday, January 2, 2010

Betulkan Yang Biasa; Biasakan yang betul

Saya mulakan tahun baru dengan mencari gali khazanah dalam buku ini. Buku yang istimewa kerana di dalamnya dimuatkan perkara-perkara asas dalam kehidupan. Kita tahu tapi kadangkala kita terlupa.

Friday, January 1, 2010

Selamat Tinggal 2009; Selamat Datang 2010


Begitu pantas masa berlalu. Tahun 2009 telah berlalu dan tahun 2010 mula menjengukkan diri. Suka duka sepanjang 2009 yang kita tempuhi handaknya lebih mematangkan dan mengukuhkan jati diri.


Semoga kita masih kekal dalam islam, iman dan dipermudahkan segala urusan. Amin