Baru selesai membaca buku- Ada Apa Dengan Buku. Seperti kata penulisnya, buku itu teman di kala sunyi dan di dalamnya ada pelbagai ilmu. Maklumat baru yang saya dapat adalah kewujudan kampung buku di Langkawi tetapi telah lama terbiar. Alangkah indahnya kalau kita mampu mengadakan pesta perkampungan buku sepertimana kita mengadakan acara dwitahunan LIMA atau Le Tour de Langkawi.
Betapa dangkalnya saya, baru kini ketahui bahawa 23 April setiap tahun adalah HARI BUKU SEDUNIA..
Sesuatu yang saya pelajari, baca dan tulis itu bagai irama dan lagu. Sepanjang bulan beberapa bulan ini saya telah menghabiskan beberapa buku. Antaranya Puisi Untuk Esdyzuar;Delima Senja Ranting; Setengah Berisi, Setengah Kosong; Ikut Hati Anda dan Kini Ada Apa Dengan Buku. Namun, tiada satu pun saya tulis resensinya.
Saya mampu membaca dengan mudah namun amat payah mahu mengeluarkan kembali apa yang telah dibaca.
Mungkin selepas ini saya perlu mendisplinkan diri dengan menulis apa yang telah saya baca setiap minggu. Tunggu! Azam tahun baru ini, akan saya catat satu persatu buku dan apa sahaja yang berlaku. Paling kurang satu entri seminggu.
No comments:
Post a Comment