Friday, February 25, 2011

Tetralogi Buru

Saya ke Kino. Hajatnya mahu mencari buku DI Bawah Pohon Hawthorne. Malangnya buku tu tiada tapi tertangkap Tetralogi Buru - Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca.

Hati berlagu riang walaupun terbang RM168.00.

Monday, February 21, 2011

Lagu: Haramkah?

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…


Malam Sabtu, saya di rumah melayan DVD dan VCD Ketika Cinta Bertasbih setelah membaca buku-buku tersebut November tahun lepas. Saya suka lagu ini. Sekali-sekala melayan rasa hati. saya kepingain memiliki Runut Bunyi KCB. Semalam mencari di Speedy Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Hampa! Ada sesiapa mahu wisata ke sana? saya mahu kirim Runut Bunyi KCB.

P/s- Terima kasih Afzan sudi melayan karenah saya untuk memiliki filem ni.

Friday, February 11, 2011

Penjaga Waktu

Saya masih ingat hari itu, 30 Januari 2011. Kami solat zuhur berjemaah setelah berusrah bersama di rumah Kak Ina. Antaranya perbincangan berkenaan suraf Saff. Di dalamnya, terdapat tuntutan untuk kita besama-sama dalam satu barisan yang kukuh. Juga amaran buat kita, jangan hanya tahu cakap, tapi buat seperti apa yang dikatakan. Juga kewajiban untuk kita berjihad harta dan diri. Sedikit perkongsian rahsia hati dan pengalaman hidup dengan kakak-kakak Salwa. Sumber kekuatan dan keutuhan diri buat kami.

Saya sempat menumpang lelah seketika sebelum solat Asar berjemaah bersama-sama penghuni DARWA. Kemudian mengambil Hidayah dan kami ke Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum meeting di Pejabat QI jam 8.30 malam, kami sempat megisi perut dengan nasi goreng dan jus mangga. Kemudian, saya singgah solat Maghrib di Rumah Tini seterusnya ke pejabat QI dan alhamdulillah sempat berjemaah Isya' di Pejabat QI. Hari yang panjang dan sarat agenda, saya keciciran pengurus waktu. Tidak pasti di mana!

Setelah dua minggu tanpa pengurus waktu, hanya bergantung dengan jam di telefon genggam, lantas saya memutuskan untuk mendapatkan pengantinya. Aduh! Bulan yang menuntut kewangan yang kritikal dan saya memang membutuhkan penjaga waktu dengan segera.

p/s- Jam ini secara fizikalnya tak semahal mana. Namun ia jadi sangat bernilai, bayaran atas kecuaian dan kelalaian di saat kesempitan.