Satu
Beberapa tahu lalu, saya dan beberapa kawan berangan-angan. Andainya satu hari nanti kami ditakdirkan bersendirian, kami akan menubuhkan dan menguruskan satu rumah kebajikan. Boleh dinamakan apa sahaja, rumah anak yatim, rumah orang tua atau sebagainya. Kami percaya, itulah amal kami sebagai bekalan di alam sana.
Dua
Beberapa bulan lepas, apabila HELWA Selangor bercadangkan menubuhkan satu rumah perlindungan, sayalah orang yang paling teruja. Teruja kerana angan-angan dan impian saya bakal dilestarikan. Namun, jauh di sudut hati saya takut. Takut tak mampu menguruskan amanah tersebut. Risau kerana tidak berpengalaman dalam mengendalikan rumah seperi itu. Namun saya percaya, dengan kerjasama semua pihak, rumah itu akan berjaya.
Tiga
Kami bersungguh-sungguh mencari dana. Mengadakan pelbagai program. Mengutip pelbagai pengalaman. Semuanya berbaur. Ada kisah suka tak kurang juga kisah duka. Alhamdullillah, hasil kerjasama semua pihak rumah itu beroperasi sepenuhnya Januari 2009.
Empat
Sejak beberapa bulan lepas, inilah rumah kedua saya. Jika tiada program keluarga dan jemaah, saya akan ke sana pada setiap Sabtu dan pulang kembali setiap petang Ahad.
No comments:
Post a Comment