Tuesday, March 26, 2013

Main sorok-sorok

Saya mencari-cari resit buku sepanjang tahun 2012 tapi entah dimana dia menyorok. Jenuh mengeledah ruangan pejabat tapi tidak ditemui. Mungkin tersimpan di rumah.

Friday, May 25, 2012

Hidup ini Ujian

Semalam masa tazkirah zohor, Ustaz kata semua akan diuji baik kesusahan, kelaparan dan kesenangan. Semuanya akan dipertanggungjawabkan. Ketika diri diuji, akal membenarkan tapi hati masih berbolak-balik. Diri masih terus diuji. Kadang-kala terfikir juga, tak bersyukurkah saya? Sudah bertahun Allah bagi saya kesenangan. Hanya setelah membeli rumah ada sedikit kesempitan itupun harapan agar rezeki sentiasa diberkati. Kemudian, awal tahun ni, Allah utus seorang suami buat saya, juga janin yang sentiasa membesar dalam kandungan tapi Allah tetap uji dengan sedikit kesusahan. Ujian ini mengajar saya erti sabar dan bergantung penuh harap pada DIA.

Monday, April 16, 2012

Thursday, January 5, 2012

Ceritera Cinta


Semalam, saya bertemu dengan seorang teman lama. Berkongsi cerita tentang kehidupan yang telah dilalui dan sama-sama meniti harapan agar kehidupan akan datang terus ceria. Ceritera cintanya sangat dramatik. Membuatkan saya berfikir panjang. Mensyukuri anugerah Ilahi. Mengajar agar lebih menghargai seorang Dia yang tak lama lagi akan datang dalam hidup saya.

Banyak yang berlegar dalam fikiran. Tentang ujian Allah terhadap kita di sini. Allah tidak menguji sesuatu yang di luar kesanggupan kita. Tentang doa kita saban sujud dan munajat supaya tidak membebani kita dengan ujian yang tidak kita sanggup memikulnya. Tentang nikmat manakah yang selalu kita dustai. Tentang kita menyukai sesuatu tetapi ia tidak baik untuk kita, dan kita membenci sesuatu sedangkan itulah yang terbaik buat kita.

Doa saya biarlah kehidupan kami nanti seperti gambar di atas, senantiasa tenang dan baik-baik saja. Amin.

Thursday, October 20, 2011

You..what you think


"Whether you think you can or you think you can't, you're right." - Henry Ford

Tuesday, October 18, 2011

Doa


Rasulullah dan para sahabat
saling mendoakan
kesejahteraan, keberkatan hidup

Ulama terdahulu
demikian juga
bertukar doa
setiap detik dan ketika

Kita
adakah demikian
saling mendoakan
kesejahteraan dan keberkatan hidup
sesama kita

Thursday, October 13, 2011

Terima kasih




Daun selasih ubi keladi
Dibawa Milah berjalan kaki
Terima kasih daun keladi
Semoga Allah berkati rezeki


Daun selasih ubi keladi
Di bawa Milah berjalan kaki
Sama-sama, ikhlas diberi
Moga doa dimakbul Ilahi

Tuesday, September 27, 2011

Mencari Hikmah...



"Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah, dan nasihat-nasihat yang baik, dan bertukar fikiranlah dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dialah yang mengetahui siapa yang terpimpin."

(An-Nahl 125)

Friday, September 23, 2011

Pesanan Buat Diri..


Nabi Muhammad pernah berpesan kepada Muaz bin Jabal, salah seorang sahabatnya, Wahai Muaz, Sungguh aku menyayangimu. Jangan lupa untuk berdoa selepas setiap kali solatmu," Ya Allah, bantulah aku untuk mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu dan meperelokkan ibadahku kepadaMu." Pesanan ini bukan khusus untuk Muaz, tapi pesanan ini untuk kita seluruh umatnya.

Monday, September 5, 2011

Demi Matahari...




Demi matahari dan sinarnya pada pagi hari
demi bulan apabila mengiringinya
demi siang apabila menampakkannya
demi malam apabila menutupinya (gelap gelita)
demi langit serta pembinaannya (yang menakjubkan)
demi bumi serta penghamparannya
demi jiwa serta penyempurnaan (ciptaan)nya
maka dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketakwaannya
sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu)
dan sungguh rugi orang yang mengotorinya

Wednesday, August 17, 2011

Mencari Lailatul Qadr



Lailatul Qadr itu bukan sekadar sepuluh malam terakhir, tapi mohon dan pintalah padanya agar kita dipertemukan dengan Lailatul Qadr sejak dari bulan Rejab.

Friday, August 5, 2011

Ramadhan itu Sabar




SABAR. Perkataan yang mudah disebut tapi bila terkena diri sendiri, payahnya teramat.

Wednesday, July 27, 2011

Ramadhan ini...

Selamat Datang Ya Ramadhan Kareem..
Yang kuinginkan Ramadhan ini..
Hanyalah berduaan denganmu..



Thursday, March 10, 2011

Kad Touch n Go




Hati berbunga-bunga menerima kad Touch N Go edisi terhad ini.

Tuesday, March 8, 2011

Episod melepas geram...


Pagi ni Kuala Lumpur menangis lagi. Seperti semalam dan hari-hari sebelumnya.

Begitu juga saya. Saya ditipu lagi. Cuma wataknya berbeza. Ceritanya tetap sama. Lalu pertanyaan demi pertanyaan muncul. Kenapa mesti menipu? Adakah dengan menipu, bisnes bisa untung berjuta-juta? Bisa mengembalikan keyakinan para pelanggan yang telah pudar? Bisa melepaskan diri seketika?

Bukan ke berjujur itu lebih mudah, tak penat dan letih berdalih mereka pelbagai cerita. Walhasilnya dusta semata.

Friday, February 25, 2011

Tetralogi Buru

Saya ke Kino. Hajatnya mahu mencari buku DI Bawah Pohon Hawthorne. Malangnya buku tu tiada tapi tertangkap Tetralogi Buru - Bumi Manusia, Anak Semua Bangsa, Jejak Langkah dan Rumah Kaca.

Hati berlagu riang walaupun terbang RM168.00.

Monday, February 21, 2011

Lagu: Haramkah?

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan
*
Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan
**
Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin
Reff:
Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…


Malam Sabtu, saya di rumah melayan DVD dan VCD Ketika Cinta Bertasbih setelah membaca buku-buku tersebut November tahun lepas. Saya suka lagu ini. Sekali-sekala melayan rasa hati. saya kepingain memiliki Runut Bunyi KCB. Semalam mencari di Speedy Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Hampa! Ada sesiapa mahu wisata ke sana? saya mahu kirim Runut Bunyi KCB.

P/s- Terima kasih Afzan sudi melayan karenah saya untuk memiliki filem ni.

Friday, February 11, 2011

Penjaga Waktu

Saya masih ingat hari itu, 30 Januari 2011. Kami solat zuhur berjemaah setelah berusrah bersama di rumah Kak Ina. Antaranya perbincangan berkenaan suraf Saff. Di dalamnya, terdapat tuntutan untuk kita besama-sama dalam satu barisan yang kukuh. Juga amaran buat kita, jangan hanya tahu cakap, tapi buat seperti apa yang dikatakan. Juga kewajiban untuk kita berjihad harta dan diri. Sedikit perkongsian rahsia hati dan pengalaman hidup dengan kakak-kakak Salwa. Sumber kekuatan dan keutuhan diri buat kami.

Saya sempat menumpang lelah seketika sebelum solat Asar berjemaah bersama-sama penghuni DARWA. Kemudian mengambil Hidayah dan kami ke Seksyen 7 Shah Alam. Sebelum meeting di Pejabat QI jam 8.30 malam, kami sempat megisi perut dengan nasi goreng dan jus mangga. Kemudian, saya singgah solat Maghrib di Rumah Tini seterusnya ke pejabat QI dan alhamdulillah sempat berjemaah Isya' di Pejabat QI. Hari yang panjang dan sarat agenda, saya keciciran pengurus waktu. Tidak pasti di mana!

Setelah dua minggu tanpa pengurus waktu, hanya bergantung dengan jam di telefon genggam, lantas saya memutuskan untuk mendapatkan pengantinya. Aduh! Bulan yang menuntut kewangan yang kritikal dan saya memang membutuhkan penjaga waktu dengan segera.

p/s- Jam ini secara fizikalnya tak semahal mana. Namun ia jadi sangat bernilai, bayaran atas kecuaian dan kelalaian di saat kesempitan.

Monday, January 31, 2011

Tahun baru, umur bertambah


Tahun baru, umur juga meningkat. Ada buku yang dibaca mengatakan bukan umur yang meningkat, tapi usia kita semakin berkurangan. Semakin dekat kita dengan kematian. Itu satu kemestian. Juga kepastian yang setiap dari kita mesti menghadapinya. Sudah 35 tahun berlalu. Begitu banyak nikmat yang kau kurniakan. Jua mencongak-congak bekalan untuk ke sana. Persoalan yang tak penah bertemu jawapan. Saya mahukan kebahagiaan di sini dan di sana. Apa jua ujian, halangan dan rintangan yang bakal mendatang,kumohon biarlah termampu ditanggung oleh diri.

Saya menghadiahi diri sendiri dengan buku yang kebetulan baru tiba dari Ujana Ilmu.
1. Interlok
2. Warna Hati Era Remaja
3. Buku kekasih
4. Bagaimana Saya Menulis

Apa lagi yang saya mahu, umur dan rezeki yang diberkati.