Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, August 5, 2011

Ramadhan itu Sabar




SABAR. Perkataan yang mudah disebut tapi bila terkena diri sendiri, payahnya teramat.

Tuesday, March 8, 2011

Episod melepas geram...


Pagi ni Kuala Lumpur menangis lagi. Seperti semalam dan hari-hari sebelumnya.

Begitu juga saya. Saya ditipu lagi. Cuma wataknya berbeza. Ceritanya tetap sama. Lalu pertanyaan demi pertanyaan muncul. Kenapa mesti menipu? Adakah dengan menipu, bisnes bisa untung berjuta-juta? Bisa mengembalikan keyakinan para pelanggan yang telah pudar? Bisa melepaskan diri seketika?

Bukan ke berjujur itu lebih mudah, tak penat dan letih berdalih mereka pelbagai cerita. Walhasilnya dusta semata.

Wednesday, January 27, 2010

Diam itu Lebih Baik...


Kita selalu mendengar atau membaca sebaris ayat ini dituturkan. Namun, kita jarang mengaplikasikannya dalam kehidupan. Hari ini dalam satu pertemuan saya hanya mendiamkan diri. Cuba mempraktikkan kata-kata bahawa DIAM ITU LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA.

Ternyata ia berhasil. Saya hanya mendengar dan cuba menganalisa setiap butir bicara yang diperkatakan. Betullah, lagi banyak kita berkata-kata, lagi banyak kelemahan diri kita akan tonjolkan.

Wednesday, March 11, 2009

OGA 2009 Datang lagi...

Sebab-sebab untuk pergi ke OGA 2009 (Oil and Gas Showcase) pada 11 hingga 13 Jun depan di Pusat persidangan Kuala Lumpur (KLCC)
1. Mendapat maklumat tentang produk
2. Boleh melihat produk dengan lebih jelas..biasanya hanya dilihat dalam katalog sahaja
3. Kumpul beg kertas
4. Kumpul buku nota, alatulis dan sebagainya
5. Kalau nasib baik, boleh dapat "thumb drive".

Tuesday, February 10, 2009

Penilaian Prestasi

Aduh! Masa untuk mengisi borang penilaian prestasi untuk kerja-kerja yang telah dilakukan sepanjang tahun 2008. Saat yang paling saya tidak gemari. Tetapi terpaksa dilakukan. Bagi tujuan dokumentasi dan penilaian. Inilah masa untuk puji diri sendiri.

p/s- malas isi borang, tapi kenaikan gaji dan bonus nak banyak. Bolehkah?