Hari ini saya belajar buat gulai kawah. Mula-mula kita masukkan minyak masak. Kemudian masukkan cili kisar. Biarkan sampai garing. Kemudian masukkan rempah ratus (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang serta bunga cengkih), halia, bawang putih dan bawang merah kisar serta kerisik. Biarkan seketika, masukkan rempah kari daging. Kemudian masukkan daging. Biarkan buat seketika.
Biarkan daging empuk dan seterusnya masukkan santan. Jangan lupa masukkan garam, sedikit gula serta manisan (gula melaka). Apa lagi..tunggu hingga gulai masak dan sedia untuk dihidangkan....
Gulai Kawah ni sempena majlis aqiqah dan Hari Raya IdilAdha 1430H...
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts
Friday, November 27, 2009
Monday, October 6, 2008
Corat-coret Aidil Fitri
SATU
Alhamdulillah, pagi yang berkat. Seperti biasa saya bersolat sunat Aidil Fitri di Masjid berdekatan rumah arwah datuk. Pagi-pagi lagi saya bersama bonda tiba. Masjid ini telah diperbesarkan beberapa tahun lalu. Namun masih tidak dapat menampung kapasiti jemaah yang ramai apabila tiba Aidil Fitri dan Aidil Adha. Begitu ramai perantau yang pulang. Saya berkesempatan jumpa beberapa teman zaman anak-anak. Bertegur sapa seketika. Biasanya ada perutusan dari sultan Terengganu setiap kali Hari Raya. Cuma satu peringatan buat diri. Memang kita dikehendaki membaca teks, membaca satu persatu tanpa meninggalkan walau sepatah pun. Sebolehnya baca dan kajilah apa yang tertulis. Kalau perlu diperbetul, perbetulkan. Mungkin ada "typo-error", mungkin tersilap pandang. Namun yang pasti, jangan sampai memalukan orang yang menulis dan menjatuhkan maruah kita sebagai pendakwah. ini peringatan buat kita yang senantiasa berhadapan dengan orang ramai dalam tugas-tugas dakwah.
DUA
Aidilfitri sepatutnya kita semarakkan ziarah menziarahi serta kunjung-mengunjungi rakan dan taulan. Ini yang ditanamkan oleh Ayahanda dan bonda pada saya dan adik-adik sejak kecil. Tidak lengkap hari raya tanpa aktiviti ini. Apatah lagi, apabila semua telah berhijrah dan bergelar perantau. Namun, niat mesti diperbetulkan. Aktiviti ziarah ini hendaknya janganlah kita cemari dengan benda lain. Memang hidup di zaman kemelesatan ekonomi ini menjengkelkan. Semua benda ada nilai. Tapi tolonglah jangan musnahkan nilai-nilai agama dan adat budaya kita dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sepatutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)