Saturday, August 8, 2009
Friday, August 7, 2009
Konsert Opick- UIA
6 Ogos 2009 (Khamis)
Sudah lamanya rasanya tidak menikmati konsert nasyid secara 'live'. Malam ini saya berpeluang menjadikan konsert ini sebagai terapi. Walaupun dimulakan agak lambat, namun tetap terhibur dengan alunan suara lunak Opick yang pertama kali diterbangkan dari negara seberang. Banyak lagu diperdengarkan. Kami turut sama menyanyikannya. Sangat teruja walaupun kebanyakan lagunya baru pertama kali mendengarnya. Sebelum balik, masih sempat membeli cd "CAHAYA HATI".

Monday, August 3, 2009
Seminar dan Muktamar ABIM Pusat
Pemimpin
Datang dan pergi
Silih berganti
Amanah yang diberikan
akan dipersoalkan
akan dipertanggungjawabkan
Begitu juga kita
Sebagai pengikut
Wajib akur dan taat
Selama mana mereka menunaikan yang hak
Shah Alam
2 Ogos 2009
Datang dan pergi
Silih berganti
Amanah yang diberikan
akan dipersoalkan
akan dipertanggungjawabkan
Begitu juga kita
Sebagai pengikut
Wajib akur dan taat
Selama mana mereka menunaikan yang hak
Shah Alam
2 Ogos 2009
Friday, July 31, 2009
Forum Bicara Ummah, Pertemuan Majwa
Salah satu teori dalam ekonomi yang selalu berlaku dalam kehidupan adalah kos melepas. Seandainya ada dua pilihan, salah satu kita terpaksa korbankan. Inilah yang dinamakan kos melepas. Saya kepingin mengikuti Forum yang membicarakan tentang kehebatan Salahuddin Al-Ayubi. Namun, keinginan itu terpaksa saya kekang. Saya akur pada suatu ketetapan. Saya ada komitmen bersama Helwa. Malam ini saya pergunakan peluang dan ruang ini berbicara tentang Darwa. Darwa sebagai projek perintis. Darwa yang memerlukan komitmen yang bukan sedikit. Segalanya tentang Darwa. Tentang penghuninya. Tentang jerih-perih menghadapi rintangan dan ujian. Inilah universiti kehidupan terbaik. Inilah caranya Allah mentarbiah kami.
Malam ini juga kami dihidangkan dengan kebenaran sains dari perspektif islam oleh Prof Khadijah dan Prof Rahmah. Kebenaran sains yang berpaksikan tauhid. Segalanya kembali kepada Al-khalid, Allah yang Maha Pencipta.
Kedatangan kakak-kakak senior juga seolah-olah menyuntik semangat pada kami tentang komitmen dalam kerja-kerja dakwah ini. Bagaimana mereka yang sentiasa sibuk masih mampu meluangkan masa untuk di jalan Allah ini. Betapa bila direnungkan kembali, saya sentiasa terasa amat kerdil. Selalu pertanyaan berlegar dalam dada, masih mampukah saya sekomited mereka bila saya harus menumpukan perhatian pada perkara lain? Pada urusan kerja yang menuntut masa yang bukan sedikit serta keluarga yang tidak boleh saya kesampingkan.
Sunday, July 26, 2009
Darwa, Anjung Berkat dan Kompleks PKNS
Sabtu (25 Julai 2009)
Satu
Saya tiba agak lambat di Darwa. Ada beberapa peristiwa berlaku sepanjang dua minggu saya tidak ke sana. A telah selamat melahirkan anak lelaki. Kejadian yang hampir serupa dilalui dengan Y. Berbeza suasana dan keadaan. Jika Y, anaknya diberi pada keluarga yang memerlukan tetapi keluarganya masih mahu menjaganya walaupun sedikit lambat. Tetapi, anak A masih bersamanya tetapi A tidak dijaga oleh keluarganya sendiri. Saya terkedu. Apa lagi kata yang boleh dizahirkan. Saya juga berkenalan dengan penghuni baru, W bersama anak kecilnya S.
Dua
Saya dan Hidayah kemudian ke Anjung Berkat. Menyiapkan laporan Aktiviti Helwa untuk muktamar yang akan berlangsung minggu depan.
Tiga
Kami kemudian ke Kompleks PKNS Shah Alam. Kami mengagihkan pamphlet "Forum Bicara Ummah" yang akan berlangsung Jumaat malam di Masjid Negeri. Kali ini kami mengedar pamphlet tersebut dari kereta ke kereta di tempat letak kereta di Kompleks PKNS.
Kami juga meninjau-ninjau cenderamata untuk panelis Forum. Namun, sempat singgah di Pesta Buku Selangor. Selepas bersiar-siar dan membeli dua buah buku di PKNS, kami memutuskan mencari cenderamata di Mydin, S18.
Empat
Selepas solat maghrib, kami ke Mydin. Alhamdulillah, apa yang dicari kami temui di sini. Makan malam di Sekesyen 19 sebelum bertolak ke Darwa. Saya tiba ke Darwa jam 1o.45 malam.
Sabtu yang panjang dan memenatkan namun tetap gembira. Pelbagai perkara telah saya langsaikan pada hari ini.

Wednesday, July 22, 2009
Ulangtahun Ke 6
Begitu cepat masa berlalu. Sedar tak sedar, hari ini sudah enam tahun saya di Talisman. Di sini bukan sekadar tempat saya mencari rezeki dan berteduh. Tetapi lebih dari itu. Setiap hari, banyak saya pelajari. Tentang hidup dan kehidupan. Juga tentang manusia dan kemanusiaan.
Monday, July 13, 2009
Doa mengiringi Perjuangan
Semalam, saya menerima satu sms berkaitan peringatan tentang mesyuarat yang akan diadakan petang ini di Anjung Berkat. Saya membalasnya dengan janji dan harapan Allah akan memudahkan saya ke sana. Kemudian, saya mendapat balasan sms ini. "Doa Mengiringi Perjuangan." Saya hanya mampu mengaminkan. Semoga perjalanan saya ke Anjung Berkat dipermudahkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)