Baru selesai membaca buku- Ada Apa Dengan Buku. Seperti kata penulisnya, buku itu teman di kala sunyi dan di dalamnya ada pelbagai ilmu. Maklumat baru yang saya dapat adalah kewujudan kampung buku di Langkawi tetapi telah lama terbiar. Alangkah indahnya kalau kita mampu mengadakan pesta perkampungan buku sepertimana kita mengadakan acara dwitahunan LIMA atau Le Tour de Langkawi.
Betapa dangkalnya saya, baru kini ketahui bahawa 23 April setiap tahun adalah HARI BUKU SEDUNIA..
Sesuatu yang saya pelajari, baca dan tulis itu bagai irama dan lagu. Sepanjang bulan beberapa bulan ini saya telah menghabiskan beberapa buku. Antaranya Puisi Untuk Esdyzuar;Delima Senja Ranting; Setengah Berisi, Setengah Kosong; Ikut Hati Anda dan Kini Ada Apa Dengan Buku. Namun, tiada satu pun saya tulis resensinya.
Saya mampu membaca dengan mudah namun amat payah mahu mengeluarkan kembali apa yang telah dibaca.
Mungkin selepas ini saya perlu mendisplinkan diri dengan menulis apa yang telah saya baca setiap minggu. Tunggu! Azam tahun baru ini, akan saya catat satu persatu buku dan apa sahaja yang berlaku. Paling kurang satu entri seminggu.
Friday, December 4, 2009
Thursday, December 3, 2009
Bingkisan dari seorang sahabat
Di atas meja saya terdapat satu sampul yang tertulis nama dan alamat saya. Sangat formal. Bertaip kemas. Saya memotong sampul itu tanpa apa-apa perasaan. Di dalamnya ada satu lagi sampul surat. Ya Allah, tulisan tangannya itu masih saya ingati. Kiriman dari seorang sahabat lama (kalau boleh dikatakan sahabat) yang memang saya nanti-nantikan. Hati berbunga riang. Sungguh teruja.
Dulu, sahabat inilah yang pernah menghulurkan persahabatan ketika orang lain meminggirkan saya. Ketika saya kerisauan menghadapi peperiksaan, dialah yang senantiasa meniupkan motivasi supaya menggunakan kesempatan dan peluang yang ada sebaik mungkin. Namun, bila saya berjaya menggenggam apa yang diidamkan, dia menghilangkan diri. Bertahun-tahun dia pergi tanpa pesan. Lalu, saya pasrah pada ketentuan takdir. Namun, saya sentiasa mendoakan agar dirinya sentiasa dirahmatiNya walau di mana dia berada.

Friday, November 27, 2009
Jom main masak-masak
Hari ini saya belajar buat gulai kawah. Mula-mula kita masukkan minyak masak. Kemudian masukkan cili kisar. Biarkan sampai garing. Kemudian masukkan rempah ratus (buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang serta bunga cengkih), halia, bawang putih dan bawang merah kisar serta kerisik. Biarkan seketika, masukkan rempah kari daging. Kemudian masukkan daging. Biarkan buat seketika.
Biarkan daging empuk dan seterusnya masukkan santan. Jangan lupa masukkan garam, sedikit gula serta manisan (gula melaka). Apa lagi..tunggu hingga gulai masak dan sedia untuk dihidangkan....
Gulai Kawah ni sempena majlis aqiqah dan Hari Raya IdilAdha 1430H...

Thursday, November 12, 2009
Meneka Dalam Kesamaran
Tuesday, November 3, 2009
Pabila Pelajar Perakauan bercerita tentang pemprosesan minyak dan gas

Ensaiklopedia ini untuk memudahkan kerja-kerja di pejabat. ohh..ini adalah kitab rujukan buat pelajar perakaunan tapi bekerja dalam bidang teknikal. Sangat teknikal. Setiap ketika saya belajar benda baru, semuanya berkaitan operasi pemprosesan minyak dan gas.
Memahami tentang sesuatu item satu perkara dan menerangkan kepada pihak yang berkuasa perkara kedua.
Thursday, October 22, 2009
Impian Tsu-Ryi

Impian Tsu-Ryi
Penulis: Nisah Haji Haron
Penerbit: Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd.
Tahun: 2004
Muka surat: 185
Harga: RM 15.00
Banyak saya pelajari dari antologi 15 kumpulan cerpen remaja ini. Saya bersetuju dengan Puan Zaiton dalam kata pengantarnya. Latar penceritaannya berlaku di seluruh alam maya. Laut, udara, Darat. Ini membuatkan saya sentiasa tersenyum sendirian ketika membacanya. Saya juga berfantasi dan berimaginasi sama dengan latar cerpennya. Saya bayangkan saya berenang di samudera yang cantik, terbang di udara dengan kereta palng laju macam filem "Star-War". Menunggang binatang comel di angkasa raya. Saya juga bayangkan saya boleh menukar dimensi masa. Seketika dalam masa sekarang, kemudian balik ke masa silam dan pergi pula ke masa hadapan. Sungguh! Terasa sangat bahagia dan teruja. Hilang segala stress.
Saya bukanlah orang yang terbaik untuk mengulas buku pengarang tersohor ini, tapi apa yang penting walau di mana kita berada, maruah serta jatidiri perlu kita pertahankan seutuhnya. Begitu juga dengan hubungan kekeluargaan serta jalinan persahabatan.
Setiap cerpen menggalakkan kita agar berakhlak mulia. Hukum alam itu mudah. Setiap kejahatan atau kebatilan itu akan terbongkar juga akhirnya. Kebatilan itu akan dikalahkan oleh kebenaran. Oleh itu, sebagai muslim, jadikan akhlak mulia itu sebagai perhiasan diri. Kita tak akan pernah rugi. Di sini juga di sana.
Terasa rugi kerana terlambat membaca buku ini. Saya membaca kumpulan cerpen ini ketika tidak lagi remaja walaupun beberapa cerpennya telah dan pernah saya baca ketika zaman persekolahan dulu.
Monday, October 19, 2009
Permudahkan urusan, setiap detik dan ketika...
Banyak yang ingin saya lakukan. Pelbagai rintangan dan kekangan yang perlu saya harungi. Aduh..terasa diri amat kerdil. Tak pernah saya rasa sebegini sedih. Rasa bersalah yang amat sangat. Lama saya termenung. Merenung ke dalam diri. Keterbasan waktu dan ruang. Semuanya bagaikan menghimpit.
Kemudian saya insaf. sekadar menenangkan hati yang rusuh. Saya bukan seperti dulu lagi. Bebas ke sana ke mari. Berusrah, bertamrin dan berprogram. Allah uji saya dengan tanggungjawab dan amanah yang baru. Saya tidak boleh kesampingkan amanah ini. Walaupun saya tahu, amanah itu juga lebih berat, lebih hebat.
Ya Allah, kau permudahkan segala urusan. Hanya itu doa saya..setiap detik dan ketika.

Subscribe to:
Posts (Atom)