Menara
Penulis: Isa Kamari
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Tahun: 2010
Harga: RM16.50
Alhamdulillah. Saya selesai memanjat Menara. Ia umpama pencarian diri. Memanjat tangga setinggi 200 tingkat di Kota Singa sambil bermuhasabah. Semakin tinggi tangga yang didaki, sepatutnya semakin tinggi ilmu fardhu ain kita. Ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah itu sepatutnya beriringan.
Seperti kata penulisnya menara ini perlu dibaca yang tersiratnya. Saya hanya menekuni yang tersurat sahaja. Begitulah kehidupan. Kita menilai apa yang nampak di permukaan.
Seperti juga memeluk Gerhana, ini saya kira kisah suka duka penulisnya. Kisah ini juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Maka anggaplah ini kisah kita. Kadang-kala kita tenggelam dalam hal-hal duniawi sehingga kita terlupa hal-hal selepas itu. kadang-kala kita terlupa orang-orang yang terpaksa kita korbankan ketika kita mengejar kejayaan demi kejayaan. Kita terlupa keluarga yang kita tinggalkan demi sebuah kejayaan dan pangkat yang melangit. Apabila kita tersedar dari kealpaan itu, kita sebenarnya sudah terlambat. Oh Tidak! Jangan biarkan ia berlaku. Sesekali tolehlah ke belakang, kejarlah mereka yang kita tinggalkan itu.
Apa lagi. Banyak sebenarnya. Tetapi yang tersirat itu biarlah tersemat di kalbu. Apa yang pasti, saya akan daki lagi menara ini. Mungkin ada lagi hikmah-hikmah yang boleh digali.
Ini novel kedua tulisan Isa Kamari yang saya baca selepas Memeluk Gerhana. Novel yang keempat sebenarnya. Satu lagi, Atas Nama Cinta, kisah Natrah yang tak mampu saya habiskan. Sudah empat kali saya mencuba tatapi gagal. Saya tenggelam dalam emosi yang parah. Novel Ketiga Tawassul, masih berbalut cantik di rak buku.
Thursday, December 17, 2009
Tuesday, December 15, 2009
Fire Drill 2009
"Fire Drill" Menara Citibank. Sayalah antara yang menggagalkannya. Saban tahun sejak 2003, mengambilkira masalah kesihatan (alasan) dan kerja yang berlambak, kami menuruni tingkat 28 dengan lif. Ha..ha..ha...ha...
Monday, December 14, 2009
SEMINAR SEHARI PENGUKUHAN PANDANGAN ALAM ISLAM (WORLDVIEW OF ISLAM) DAN SYARAHAN PERDANA PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS
Saturday, December 12, 2009
Buku lagi...
Hari ini saya membeli empat buah buku lagi. Tak boleh tahan.
1. Jelaga
2. Warisan
3. A. Samad Ismail Menulis
4. Menimba Yang Jernih
1. Jelaga
2. Warisan
3. A. Samad Ismail Menulis
4. Menimba Yang Jernih
Tuesday, December 8, 2009
Quranic Law of Attraction
Saya selesai membaca buku ini. Saya sengaja membaca lambat-lambat. Cuba memahami yang tetulis di dadanya. Ada masa saya akan muat-turun sedikit pandangan saya tentang buku ini.
Monday, December 7, 2009
Segalanya berkaitan ilmu..
Kebelakangan ini saya banyak menghadiri pertemuan demi pertemuan. Cuba mencari titik pertemuan dalam menjernihkan kekeruhan dengan vendor. Saya selalu terpegun dengan ilmu yang dimiliki oleh OKT. Dia menguasai banyak perkara. Berdepan dengannya membuatkan terasa begitu kerdil.
Ini membenarkan apa yang saya pelajari selama ini.
"Sekiranya ingin menguasai dunia, hendaklah dengan ILMU.
Sekiranya ingin menguasai akhirat, juga dengan ILMU.
Seandainya mahu menguasai kedua-duanya, hendaklah dengan ILMU".
ya Allah, tambahkan ilmu yang bermanfaat ke dalam dadaku, Berilah aku kefahaman untuk memudahkan urusanku, kupohon keberkatan dariMu..Amin

Friday, December 4, 2009
Baca dan tulis
Baru selesai membaca buku- Ada Apa Dengan Buku. Seperti kata penulisnya, buku itu teman di kala sunyi dan di dalamnya ada pelbagai ilmu. Maklumat baru yang saya dapat adalah kewujudan kampung buku di Langkawi tetapi telah lama terbiar. Alangkah indahnya kalau kita mampu mengadakan pesta perkampungan buku sepertimana kita mengadakan acara dwitahunan LIMA atau Le Tour de Langkawi.
Betapa dangkalnya saya, baru kini ketahui bahawa 23 April setiap tahun adalah HARI BUKU SEDUNIA..
Sesuatu yang saya pelajari, baca dan tulis itu bagai irama dan lagu. Sepanjang bulan beberapa bulan ini saya telah menghabiskan beberapa buku. Antaranya Puisi Untuk Esdyzuar;Delima Senja Ranting; Setengah Berisi, Setengah Kosong; Ikut Hati Anda dan Kini Ada Apa Dengan Buku. Namun, tiada satu pun saya tulis resensinya.
Saya mampu membaca dengan mudah namun amat payah mahu mengeluarkan kembali apa yang telah dibaca.
Mungkin selepas ini saya perlu mendisplinkan diri dengan menulis apa yang telah saya baca setiap minggu. Tunggu! Azam tahun baru ini, akan saya catat satu persatu buku dan apa sahaja yang berlaku. Paling kurang satu entri seminggu.

Subscribe to:
Posts (Atom)