Masa untuk puji diri sendiri. Bab yang paling saya tak suka tapi terpaksa berdepan dengannya. Masa untuk mendokumentasikan segala hasil kerja selama setahun.
P/s -Bonus nak banyak tapi borang malas nak isi. Bagaimana tu?
Kitab pertama saya beli tahun 2010. Mengandungi 7 bahagian ~ Teks Ayat ~ Tajwid warna ~ Terjemahan ~ Tafsir ~ Asbabun Nuzul ~ Indeks Makna ~ Indeks Kata
Saya mulakan tahun baru dengan mencari gali khazanah dalam buku ini. Buku yang istimewa kerana di dalamnya dimuatkan perkara-perkara asas dalam kehidupan. Kita tahu tapi kadangkala kita terlupa.
Begitu pantas masa berlalu. Tahun 2009 telah berlalu dan tahun 2010 mula menjengukkan diri. Suka duka sepanjang 2009 yang kita tempuhi handaknya lebih mematangkan dan mengukuhkan jati diri.
Semoga kita masih kekal dalam islam, iman dan dipermudahkan segala urusan. Amin
Percubaan yang entah keberapa dan alhamdulillah saya berjaya menamatkan novel ini. Kisah pergolakan masyarakat yang dilukiskan dengan begitu menarik sekali. Tempoh penceritaanya panjang. Memakan masa enam dekad. Bermula dari awal abad ke-20 dan berakhir selepas merdeka.
Kisah suka-duka masyarakat Melayu atau masyarakat elit Melayu yang selalu menjadi tanda tanya masyarakat marhaen.