Wednesday, December 30, 2009

Warisan

Percubaan yang entah keberapa dan alhamdulillah saya berjaya menamatkan novel ini. Kisah pergolakan masyarakat yang dilukiskan dengan begitu menarik sekali. Tempoh penceritaanya panjang. Memakan masa enam dekad. Bermula dari awal abad ke-20 dan berakhir selepas merdeka.

Kisah suka-duka masyarakat Melayu atau masyarakat elit Melayu yang selalu menjadi tanda tanya masyarakat marhaen.

Friday, December 18, 2009

Selamat Tahun Baru Hijrah 1431


Tahun lepas, kami memulakan tahun baru dengan memulakan operasi Darwa. Diam tak diam sudah setahun Darwa beroperasi. Plebagai pahit manis, perit dan getir kami lalui. walau apa pun yang telah terjadi, segalanyanya mematangkan diri. Betul. Saya banyak belajar dari suka-duka kisah penghuni Darwa. Mengajar saya agar lebih menghargai sebuah kehidupan. Bersyukur dengan nikmat Islam dan iman. Belajar menerima hidup ini seadanya. Redha dengan segala ujian demi ujian hidup. Walau apapun, hidup ini perlu diteruskan. Perjalanannya masih jauh, entah bila bertemu titik penghujungnya.

Tahun ini, saya menyambut tahun baru di Masjid Negeri. Bertugas di ruang pameran ABIM untuk Minggu Du'at anjuran Jais. Juga peluang untuk bersama-sama berprogram. Sudah lama tidak berusrah, berprogram. Terasa ada vakum dalam diri.

Mari kita buka lembaran baru ini dengan niat untuk terus melakukan kebaikan demi kebaikan, bekalan untuk kita ke sana.

Thursday, December 17, 2009

Menara

Menara
Penulis: Isa Kamari
Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd
Tahun: 2010
Harga: RM16.50


Alhamdulillah. Saya selesai memanjat Menara. Ia umpama pencarian diri. Memanjat tangga setinggi 200 tingkat di Kota Singa sambil bermuhasabah. Semakin tinggi tangga yang didaki, sepatutnya semakin tinggi ilmu fardhu ain kita. Ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah itu sepatutnya beriringan.

Seperti kata penulisnya menara ini perlu dibaca yang tersiratnya. Saya hanya menekuni yang tersurat sahaja. Begitulah kehidupan. Kita menilai apa yang nampak di permukaan.

Seperti juga memeluk Gerhana, ini saya kira kisah suka duka penulisnya. Kisah ini juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Maka anggaplah ini kisah kita. Kadang-kala kita tenggelam dalam hal-hal duniawi sehingga kita terlupa hal-hal selepas itu. kadang-kala kita terlupa orang-orang yang terpaksa kita korbankan ketika kita mengejar kejayaan demi kejayaan. Kita terlupa keluarga yang kita tinggalkan demi sebuah kejayaan dan pangkat yang melangit. Apabila kita tersedar dari kealpaan itu, kita sebenarnya sudah terlambat. Oh Tidak! Jangan biarkan ia berlaku. Sesekali tolehlah ke belakang, kejarlah mereka yang kita tinggalkan itu.

Apa lagi. Banyak sebenarnya. Tetapi yang tersirat itu biarlah tersemat di kalbu. Apa yang pasti, saya akan daki lagi menara ini. Mungkin ada lagi hikmah-hikmah yang boleh digali.


Ini novel kedua tulisan Isa Kamari yang saya baca selepas Memeluk Gerhana. Novel yang keempat sebenarnya. Satu lagi, Atas Nama Cinta, kisah Natrah yang tak mampu saya habiskan. Sudah empat kali saya mencuba tatapi gagal. Saya tenggelam dalam emosi yang parah. Novel Ketiga Tawassul, masih berbalut cantik di rak buku.

Tuesday, December 15, 2009

Fire Drill 2009

"Fire Drill" Menara Citibank. Sayalah antara yang menggagalkannya. Saban tahun sejak 2003, mengambilkira masalah kesihatan (alasan) dan kerja yang berlambak, kami menuruni tingkat 28 dengan lif. Ha..ha..ha...ha...

Monday, December 14, 2009

SEMINAR SEHARI PENGUKUHAN PANDANGAN ALAM ISLAM (WORLDVIEW OF ISLAM) DAN SYARAHAN PERDANA PROF. DR. SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS






Semalam saya meluangkan masa sehari menadah ilmu di seminar tentang pandangan alam ini. Berkesempatan nanti saya akan kongsi apa yang telah saya dapat di seminar sehari ini.

Saturday, December 12, 2009

Buku lagi...

Hari ini saya membeli empat buah buku lagi. Tak boleh tahan.
1. Jelaga
2. Warisan
3. A. Samad Ismail Menulis
4. Menimba Yang Jernih