Monday, January 31, 2011

Tahun baru, umur bertambah


Tahun baru, umur juga meningkat. Ada buku yang dibaca mengatakan bukan umur yang meningkat, tapi usia kita semakin berkurangan. Semakin dekat kita dengan kematian. Itu satu kemestian. Juga kepastian yang setiap dari kita mesti menghadapinya. Sudah 35 tahun berlalu. Begitu banyak nikmat yang kau kurniakan. Jua mencongak-congak bekalan untuk ke sana. Persoalan yang tak penah bertemu jawapan. Saya mahukan kebahagiaan di sini dan di sana. Apa jua ujian, halangan dan rintangan yang bakal mendatang,kumohon biarlah termampu ditanggung oleh diri.

Saya menghadiahi diri sendiri dengan buku yang kebetulan baru tiba dari Ujana Ilmu.
1. Interlok
2. Warna Hati Era Remaja
3. Buku kekasih
4. Bagaimana Saya Menulis

Apa lagi yang saya mahu, umur dan rezeki yang diberkati.

Monday, January 24, 2011

Ubat Hati...




Saya berbincang dengan seorang teman berkenan penyucian hati.

- Bagaimana caranya?

+ Datuk Fadhilah Kamsah kata’ “ Cuci pinggan dan cuci tandas”


- Apa bahan nak guna?

+ saya teringat lagu Opick _Tombo hati atau Bahasa Melayunya Ubat Hati

1. Membaca al-Quran dan maknanya

2. Solat malam dirikanlah

3. Berkumpul dengan orang-orang soleh

4. Perbanyakkan berpuasa

5. Berzikir

- Macam pernah baca kata-kata ni? Dari siapa ya?

+ Betul-betul-betul..ini kata-kata ulama dulu-dulu, tapi lupa baca kat mana?

_ Tak pa, kita cari sama-sama..

Wednesday, January 19, 2011

Soal Hati


Tanya sama hati
Kenapa resah gelisah
nanti jawab hati
penuh sifat mazmumah



Tanya sama hati
Mana datang bahagia
Nanti jawab hati
Hiasi diri akhlak mulia

Tuesday, January 4, 2011

Penilaian Prestasi




Setiap tahun, inilah saat yang paling tidak saya gemari. Mengisi borang dan menceritakan apa pencapaian yang telah didapati sepanjang tahun 2010.

Ini baru di dunia, bagaimana ya bila bertemu Dia kelak. Apakah kita masih mampu menunjukkan prestasi yang baik sepertimana kita di sini? Persoalan yang tidak pernah bertemu jawapan.

Adab memberi dan menerima teguran..




Imam al-Ghazali penah berpesan, "hendaklah yang memberi teguran itu beristighfar. Bimbang ditakuti ada unsur-unsur riya' dalam diri, dan yang menerima teguran pula bertahmid, masih ada yang sudi membei teguran."

Sunday, December 26, 2010

Rezeki yang Dikongsi Bersama...


Alhamdulillah, masih diberi ruang dan peluang untuk berkongsi rezeki..

Wednesday, December 15, 2010

Jom Puasa Assyura...


Hadis-hadis yang menyebut kebaikan Puasa Asyura banyak sekali. Ini antara yang dihantar oleh Hidayah buat peringatan bersama.

-Daripada Abi Qatadah r.a bahwa Rasulullah s.a.w disoal tentang puasa hari Asyura (10 Muharram), beliau bersabda " Puasa hari itu akan memengampunkan dosa tahun lepas". Hadis Riwayat Muslim dan lain-lainnya.

-Daripada Ibni Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Asyura atau memerintahkan supaya berpuasa pada hari tersebut". Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

- Darpada Abi Said Al-Khudri r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda " Barang siapa yang berpuasa pada hari Arafah diampunkan dosanya setahun akan datang dan dosa tahun lepas, dan barang siapa yang berpuasa hari Asyura diampunkan dosanya setahun". Hadis Riwayat At-Tabrani

-Sabda Nabi Muhammad s.a.w: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)