Saya selesai menikmati Ketupat Cinta. Betul-betul menyelerakan. Semuanya tentang makanan yang enak-enak. Falsafah di sebalik makanan tradisional yang jarang ditemui. Makan pun dah jarang. Sekali-sekala balik kampung, saya akan mencari makanan-makanan tersebut. Memasaknya lagilah saya tak tahu.
Namun, Ketupat Cinta bukan sekadar ilmu makanan. Ada banyak yang tersirat di dalamnya. Tentang Sejarah. Tentang kuasa dan kehebatan insan-insan di sebalik jatuh bangun sebuah tamadun atau negara. Mungkin kalau boleh dikatakan jatuhnya kota Melaka kerana pemerintah yang terlalu berkuasa. Berkuasa dalam menurut nafsu dan mengumpul harta. Juga terlalu menurut kata sang isteri. Hebat betul kuasa wanita. Boleh menyumbang kepada peradaban bangsa juga meruntuhkan sebuah negara. Itulah yang berlaku.
Ini kisah satira. Tentang politik semasa tanahair yang penuh dengan pergolakan. Penuh suka dan duka. Tiada yang indah. Segalanya penuh dengan kejelekan. Namun, bagaimana pahit pun keadaan politik kita, segalanya perlu dihadapi. Sememangnya kebenaran itu kadangkala terlalu pahit untuk kita menelannya.
No comments:
Post a Comment